TERKINI

RCI Pulau Batu Putih: RCI hanya mahu burukkan Tun M – Zaid Ibrahim

Zaid Ibrahim (kiri) Haniff Khatri (kanan) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 12 Jun 24 – Mantan menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan keputusan kerajaan menubuhkan RCI hanya mahu memburukkan Tun Dr Mahathir dan ia bukanlah suatu keputusan yang terhormat.

“Tindakan kerajaan ini kerana nak memburukkan doktor Mahathirlah, pada saya at least not honarable decision dari segi kerajaan, ujarnya dalam program ‘The Zaid Ibrahim Podcast’.

Pendapat Zaid turut dipersetujui oleh peguam kanan, Haniff Khatri yang mana beliau turut menegaskan bahawa setiap keputusan dasar oleh kerajaan, harus dihormati, samada ia baik atau tidak, jika tidak baik, ia perlu diperbetulkan menerusi dasar-dasar seterusnya.

“Sebab policy decisions of any government, should remain as respected policy decisions, right or wrong, if its wrong, it can be corrected melalui polisi lanjut.

“Tapi corak dan gaya untuk mengambil tindakan terhadap keputusan yang kita tak puas hati akan mengakibatkan urus tadbir negara, which is very important, urus tadbir negara ke belakang, kita tak ke depan, ujar Haniff.

Zaid menambah bahawa berdasarkan rekod, belum pernah ada mana-mana semakan keputusan kehakiman, berjaya.

Menurutnya, keputusan hakim-hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) adalah berdasarkan bukti bahawa pengakuan kerajaan Johor dalam satu surat pada tahun 1953, yang mengakui tidak menuntut Pulau Batu Putih tersebut.

“Lagipun kes itu telah dihakimi, dipertimbangkan dengan masa yang cukup, bukannya sehari dua, 3 minggu ya, dan Hakim-hakim ini membuat keputusan berasaskan pertama, kalau saya ingatlah, satunya Johor sendiri mengaku pada tahun 1953 bahawa Batu Putih bukan hak Johor.

“Mahkamah berpuas hati dan Batu Putih, rock itu ialah kepunyaan British Crown, jadi sebab Singapura adalah successor to Crown colony, maka it belong to Singapore.

“Jadi pada saya, apa yang kita nak ungkitnya, selain daripada Batu Putih tu dekat dengan kita daripada Singapura. Katanya.

Dalam isu yang sama, Haniff turut menjelaskan bahawa jika mahu menampilkan keterangan baharu, perlu ada bukti bahawa keterangan baharu itu memenuhi keperluan ‘The Principles of Ladd and Marshall’.

“Kalau kita nak tampilkan keterangan, kena ada bukti bahawa keterangan itu tidak boleh diperolehi pada masa bicara.

“Kedua, keterangan tersebut semestinyalah keterangan yang mempunyai kesan kepada keputusan tersebut dan tidak ada kecuaian di pihak yang memohon pada masa itu, kalau kita ikut prinsip ni, dan dokumen-dokumen yang pasukan (Tan Sri) Apandi Ali kata nak bangkitkan tu, dalam pandangan mana-mana peguam, objektif tidak akan memenuhi keperluan ‘The Principles of Ladd and Marshall untuk ICJ. Jelasnya.

Berdasarkan keputusan ICJ 23 Mei 2008, antara ringkasan keputusan hakim;

⎯ The 1953 correspondence (paras. 192-230) : Mahkamah menyatakan bahawa pada 12 Jun 1953, Setiausaha Tanah Jajahan Singapura menulis kepada Penasihat British kepada Sultan Johor, bahawa dia “diarahkan untuk meminta maklumat tentang batu itu kira-kira 40 batu dari Singapura yang dikenali sebagai Pedra Branca” dalam konteks “penentuan sempadan perairan wilayah Jajahan”. Mengakui bahawa dalam kes Pulau Pisang, sebuah pulau “yang juga di luar had Perjanjian tanah jajahan” adalah “jelas bahawa tidak ada pemansuhan kedaulatan Johor”, Setiausaha meminta untuk dimaklumkan tentang “sebarang dokumen yang menunjukkan pajakan atau pemberian batu itu atau sama ada ia telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri Johor atau dengan apa-apa cara lain dilupuskan”. Kemudian pada bulan itu Setiausaha kepada Penasihat British kepada Sultan Johor menasihatkan Setiausaha Tanah Jajahan bahawa beliau telah menyerahkan surat itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, yang “tidak syak lagi ingin berunding dengan Pesuruhjaya Tanah dan Galian dan Ketua Juruukur dan mana-mana arkib sedia ada sebelum memajukan pandangan Kerajaan Negeri kepada Ketua Setiausaha Negara”. Dalam surat bertarikh 21 September 1953, Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor menjawab bahawa “Kerajaan Johor [tidak] menuntut hak milik Pedra.

Meneliti kandungan surat 1953, Mahkamah menyatakan pandangan bahawa jawapan Johor adalah jelas dalam maksudnya: Johor tidak menuntut pemilikan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. Tanggapan itu berkaitan dengan pulau secara keseluruhan dan bukan semata-mata kepada rumah api. Apabila surat Johor dibacakan dalam konteks permintaan Singapura untuk unsur-unsur maklumat yang berkaitan dengan status Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, seperti yang dibincangkan di atas, ternyata surat tersebut ditujukan kepada isu kedaulatan ke atas pulau itu. Mahkamah dengan sewajarnya menyimpulkan bahawa jawapan Johor menunjukkan bahawa setakat 1953 Johor memahami bahawa ia tidak mempunyai kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.Berdasarkan jawapan Johor, pihak berkuasa di Singapura tidak mempunyai sebab untuk meragui bahawa United Kingdom mempunyai kedaulatan ke atas pulau itu. malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp