TERKINI

RSN Rayer Mencabuli Prinsip Kedaulatan Undang-undang – Haniff Khatri

Haniff Khatri – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2023 – Peguam terkenal, Haniff Khatri mempersoalkan cadangan ahli parlimen Jelutung, RSN Rayer sebagai mendahului prinsip kedaulatan undang-undang dengan mencabuli prinsip tersebut.

Haniff ketika diminta mengulas cadangan Rayer yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Tun Dr Mahathir berkaitan komentar negarawan tersebut terkait isu raja, berkata ini bukan kali pertama ahli parlimen Jelutong itu membuat keyataan sedemikian ke atas Mahathir.

“Ini bukan kali pertama saya percaya, kali pertama adalah semasa di parlimen bila dia mengatakan anugerah Tun yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir wajar ditarik balik atas alasan serangan dia kepada pihak di raja.

“Yang keduanya, saya amat kesal sebagai seorang peguam yang memakai topi ahli parlimen, dia boleh membuat kenyataan yang melanggar konsep kedaulatan undang-undang sebab bagimanakah dia boleh mencadangkan seseorang itu diambil tindakan untuk pelucutan gelaran Tun yang tertinggi sedangkan orang itu tidak pun dituduh dimahkamah. Itulah dia tahap melampau.

“Sekarang ni pula dia minta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan.

“Saya percaya dalam kedua-dua hal ni RSN Rayer mendahului prinsip kedaulatan undang-undang, yakni dia mencabuli prinsip kedaulatan undang-undang. Ujarnya.

Menurut Haniff, sebagai seorang peguam, Rayer sepatunya mematuhi konsep kedaulatan undang-undang dengan membiarkan proses undang-undang berjalan dengan teratur.

“Dia patut lebih mematuhi konsep kedaulatan undang-undang yakni biar proses undang-undang mengambil langkah-langkahnya dengan teratur.

“Dia patut tahu bahawa sekiranya pihak berkuasa sedang menyiasat, penyiasatan bermaksud mengambil kira semua perkara yang mungkin mensabitkan kesalahan untuk dituduh ataupun yang membebaskan seseorang daripada kesalahan untuk tidak dituduh. Seorang peguam akan faham perkara ini.

Haniff juga mempersoalkan bahawa bagaimanakah Rayer mahu minta pihak berkuasa mengambil tindakan pada masa ini, sedangkan pihak berkuasa tidak pun memaklumkan samada siasatan sudah selesai atau pun tidak.

Dalam kenyataan yang sama, Haniff menyentuh bahawa Rayer pernah membangkitkan isu berkaitan Karpal Singh (mendiang) dalam kes hasutan yang mana Karpal telah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan.

“Rayer membangkitkan isu Karpal Singh yang telah dituduh menghasut dibawah Seksyen 3 Akta Hasutan, betul ia dituduh tapi kami semua dalam bidang guaman tanpa mengira sempadan politik telah mengatakan itu adalah tindakan melulu.

“Bila Karpal Singh didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, Hakim Hamid Sultan Abu Becker telah mendedahkan pada bulan Ogos 2018 dalam satu seminar, dan kemudiannya melalui satu Afidavit bertarikh 14hb Februari 2019, bahawa sebenarnya keputusan asal kes tersebut adalah 2 lawan 1 untuk membebaskan Karpal tetapi ada hakim tertinggi (ketika itu) telah mengarahkan mereka menukar menjadi 2 lawan 1 mensabitkan, itu salah.

“Perkara itu didedahkan oleh Hamid Sultan bersama kes lain, maka saya telah membawa perkara itu kepada Tun (Mahathir) ketika dia menjadi perdana menteri ke-7, Tun telah menerima nasihat itu dan pada 21 feb 2019 beliau telah mengumumkan untuk diadakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).

“Antara sebab (pengumuman untuk penubuhan RCI) ialah kes Karpal Singh, kalau nak ikutkan Karpal Singh adalah musuh politik, DAP, tapi Tun tak mengambil kira samada seseorang itu DAP ke, PAS ke, UMNO ke, Bersatu ke, betul adalah betul, salah adalah salah.

Namun menurut Haniff, untuk melengkapkan RCI itu, Tommy Thomas Peguam Negara pada masa itu tidak meneruskan hasrat kerajaan (Tun M) untuk mengadakan RCI tersebut, sampai kerajaan (PH) jatuh pada masa ‘Langkah Sheraton’.

Point is this, Rayer kutuk Tun (M) mengatakan mengapa tindakan tidak diambil (isu Tun M) sedangkan Karpal diambil (tindakan).

“Tapi Tun juga yang telah mengambil kira layanan tidak betul terhadap Karpal Singh dengan mengumumkan pengwujudan RCI.

“Jadi siapa yang patuh kepada kedaulatan undang-undang? Rayer atau Tun? Ini lebih penting sebab akan menunjukkan sekalipun Karpal Singh (musuh politik), Tun nak membela dia pada masa itu.

“Rayer tak faham pun apa yang dilakukan bersabit dengan kes Karpal Singh selepas Tun menjadi Perdana Menteri ke-7. Dia tak tahu. Kata Haniff.

Dalam mengulas isu yang sama, Haniff merasa amat hairan mengapa Rayer tidak menyentuh isu penarikan balik gelaran “Datuk Seri” Najib (Tun Razak) sedangkan Najib sudah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan.

“Saya agak hairan kenapa dia tidak menyentuh tentang penarikan balik gelaran “Datuk Seri” kepada Najib (Tun Razak) yang sudah pun didapati bersalah oleh mahkamah terakhir, apa sebabnya dia berdiam diri?

“Sedangkan saya percaya istana Selangor telah pun mengambil tindakan jauh terlebih dahulu. Itu patut lebih penting, orang yang sudah didapati bersalah, sudah tamat proses rayuan, kenapa masih menjadi “Datuk Seri”? Itu RSN Rayer kena jawab.

“Saya bukan katakan bahawa gelaran “Datuk Seri” itu patut dicabut daripada Najib, bukan kenyataan saya.

“Kenyataan saya adalah kenapa Rayer tidak menyentuh gelaran “Datuk Seri” yang masih dipegang oleh Najib Razak, tetapi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Tun sedangkan belum pun selesai siasatan.

Haniff menasihatkan sepatutnya Rayer lebih menumpukan kepada isu-isu sekarang sebagai ahli dewan rakyat kerajaan perpaduan (untuk) menentukan kerajaan sekarang ini mentadbir negara berpandukan kepada konsep kedaulatan undang-undang. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp