TERKINI

“Satu Undi Ahli UMNO Kepada Musuh Adalah Pengkhianat”, Sinar Siar Rakaman Video Anwar

Anwar Ibrahim – foto sinar harian

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2023 – Dalam satu rakaman video yang disiarkan menerusi media sosial twitter sinar harian, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli UMNO dan bekas ahli parti itu supaya tidak sama sekali memberikan undi mereka kepada musuh.

Dari rakaman tersebut, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tindakan ahli UMNO mahupun bekas ahli UMNO mengundi musuh adalah satu pengkhianatan besar terhadap parti itu.

“Satu undi daripada mantan ataupun ahli UMNO kepada musuh (parti pembangkang) adalah pengkhianatan besar kepada bangsa, parti dan agama. Itu fahaman dan keyakinan kita.

Menurut sinar harian, Anwar berkata sedemikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Guar Chempedak di Yan pada Sabtu.

Laporan tersebut mendapat kecaman oleh beberapa pihak dikalangan parti kerajaan, malah Dato’ Lokman Noor Adam juga mengecam laporan tersebut.

Dalam status twitter yang sama, Sinar Harian menulis sebagai ‘Penafian’, bahawa mereka mengambil serius tuduhan dan fitnah kononnya wartawan Sinar Harian di Kedah telah menokok tambah ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program di Kedah pada Sabtu.

Sebagai rujukan semua Sinar Harian menyiarkan petikan ucapan Perdana Menteri pada program tersebut.

Rakaman video tersebut boleh ditonton di sini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp