TERKINI

Saya Takut – Tun Dr Mahathir

foto facebook Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekecewaannya kerana usaha beliau untuk menyatukan dan memperjuangkan nasib orang Melayu dianggap menghasut dan dihalang.

Kenyataan beliau ini merujuk kepada  program Proklamasi Orang Melayu yang dibatalkan sebanyak empat kali.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter, Mahathir berkata program tersebut tidak melibatkan atau menyentuh kaum lain tetapi sebaliknya dianggap sebagai hasutan.

“Apa sudah jadi? Saya takut, kerana di tanah air saya, di Malaysia, di Tanah Melayu saya tidak boleh bercakap berkenaan malasah orang Melayu.

“Tidak boleh berjumpa pun. Tidak ada tempat. Semua tolak. Empat kali kena tolak “atas arahan pihak atasan. Nak lancar proklamasi orang Melayu tanpa sentuh kaum lain, itu hasutan. Katanya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut mempersoal apakah beliau boleh menggunakan media sosial tanpa dituduh sebegai penghasut.

“Orang Melayu miskin jual negara. Okaylah. Orang miskin tidak perlu negara. Jangan buat apa-apa. Itu hasutan. Ujar Mahathir. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp