TERKINI

Sekolah Vernakluar Urusan DAP, Langkah Melemahkan Bahasa Kebangsaan – kata PERKASA

Irwan Fahmi Ideris – malayaaily.com

KUALA LUMPUR, 26 Mac 24 – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) memberi menyifatkan tindakan DAP menjadikan pendidikan sekolah vernakular tanggungjawab mereka sebagai langkah untuk melemahkan dasar bahasa kebangsaan.

Ketua Penerangan PERKASA, Irwan Fahmi Ideris dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tersebut boleh mencetuskan tandatanya kerana isu pendidikan seharusnya menjadi tanggungjawab nasional, bukan parti politik.

“Walaupon perkara 152 membenarkan penggunaan dan pengajaran bahasa lain, Anthony Loke seharusnya sedar bahawa bahasa melayu adalah bahasa utama yang tidak boleh di kompromi.

“Malah kenyataan Anthony loke yang mendakwa ini adalah urusan DAP juga boleh mencetuskan perdebatan kerana pendidikan seharusnya tanggungjawab nasional dan bukannya tertakluk kepada mana mana parti politik di negara ini. Ujarnya.

Menurut Irwan, Anthony Loke telah mempolitikkan isu pendidikan nasional dengan sengaja membina tembok pemisah di antara kaum dengan menafikan tanggungjawab nasional.

“(Ia) boleh menimbulkan persepsi bahawa pendidikan di politikkan mengikut kepentingan sesuatu kaum.

“Apakah dengan kenyataan ini jelas parti DAP ini hanya memperjuangkan bangsa Cina? Soal Irwan.

Dalam isu yang sama, PERKASA menggesa kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan sekolah Kebangsaan sebagai pilihan utama untuk semua kaum bagi mengukuhkan perpaduan nasional.

Terdahulu, Media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa

Urusan masyarakat Cina dan pendidikan adalah urusan DAP.

“Saya ingin menegaskan kepada semua, urusan masyarakat Cina adalah urusan DAP. Urusan pendidikan Cina juga adalah urusan DAP.”

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika mengetuai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang baharu dalam satu lawatan hormat ke Dong Jiao Zong di Kajang baru-baru ini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp