TERKINI

Sekretariat Himpunan 1000 Wanita Melayu seru semua wanita hadir majlis ilmu

Hazlina Abu Samah (kanan), Puziah bte Hj Yeop Harun (2 dari kanan), Nazilah bte Hj Idris (tengah), Muniraa bte Abu Bakar (2 dari kiri), Saadiah Suluhee (kiri) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 25 Okt 2023 – Semua wanita Melayu diseru untuk hadir menyertai Himpunan 1000 Wanita Melayu pada 28 Oktober ini di IDCC Shah Alam.

Menurut wakil penganjur, Sekretariat Himpunan 1000 Wanita Melayu, Hazlina Abu Samah, perhimpunan ini adalah untuk menghimpunkan pelbagai latar belakang wanita Melayu.

“Kami menjemput semua wanita Melayu untuk berkumpul dan mendengar perbahasan mengenai masa depan Wanita Melayu.

“Ramai tokoh-tokoh wanita akan tampil membahaskan pelbagai tajuk untuk diangkat dan dijadikan agenda pejuangan wanita Melayu. Antara tokoh wanita yang muncul dalam himpunan ini ialah Profesor Dr Solehah Yaacob yang akan membincangkan peranan wanita Melayu dan Islam akhir zaman.

Menurut Hazlina, Tun Siti Hasmah juga dijangka hadir memberi sokongan pada perhimpunan ini manakala Tun Dr Mahathir akan hadir memberi ucaptama. Ini merupakan majlis ilmu yang akan memberi manfaat kepada wanita-wanita Melayu.

Sementara itu, Dato Nazilah bte Hj Idris yang juga Pengerusi Koperasi Wanita Malaysia Berhad (Women Coop Bank Berhad – WCB), salah sebuah Pertubuhan bukan kerajaan NGO yang terlibat dalam himpunan 1000 wanita Melayu ini mengajak semua wanita untuk turut serta dalam himpunan ini.

Menurut beliau, WCB mempunyai perancangan akan menubuhkan Bank Koperasi Wanita yang pertama di Malaysia.

“Penyertaan ini yang mencakupi keanggotaan 16 juta wanita seluruh negara berumur 18 tahun ke atas, semua bangsa tak kira apa latar belakang, dialau-alukan untuk bersama dalam koperasi wanita Malaysia berhad.

“Kenapa kami bersama dalam himpunan 1000 wanita kerana semua merupakan agenda mengangkat isu wanita. Kepada wanita diluar sana, jom joint kami. Ujarnya.

Seorang lagi wakil penganjur, Datin Puziah bte Hj Yeop Harun, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Murni, Parlimen Batu berkata pentingnya himpunan ini kerana ia memberi semangat juang kepada wanita diluar sana.

“Mengapa wanita begitu penting dalam keluarga dan negara, kita wanita membimbing kaum lelaki dan membimbing anak dan wanita-wanita remaja.

“Mereka yang hadir (himpunan 1000 wanita) akan mendapat ilmu dari pembahas-pembahas yang membahas kan isu-isu penting terutamanya isu ekonomi, bagaimana kita nak membantu suami kita, anak kita dan sebagainya.

Beliau juga berpendapat bahawa isu berkaitan kesihatan juga adalah penting bagi kita kaum wanita yang menentukan bahawa kesihatan itu amat penting dalam keluarga.

“Begitu juga dengan (isu) pendidikan, kitalah wanita yang akan mendidik anak-anak kita, bukan harapkan disekolah saja tapi daripada kita.

“Kita mestilah mempunyai satu target agar anak-anak kita menjadi orang yang beguna kepada negara kita malaysia. Saya harap wanita diluar sana, datanglah untuk mendengar ilmu-ilmu adakalanya kita terlepas pandang. Katanyanya.

Dalam perkembangan yang sama, Datin Hajah Saadiah Suluhee yang mewakili Kelab Kebajikan Nurani Cinta Ipoh berpendapat bahawa himpunan ini mempunyai misi untuk membantu wanita-wanita Melayu.

“Kita kena majukan diri kita. Kita jangan rasa kita selesa, we are not in the comfort zone. We have to be in front terutamanya wanita yang muda-muda, kena belajar banyak, macam mana kita nak memajukan bangsa kita. Kita kena dihadapan dalam pendidikan, perniagaan dan semua supaya kita dihormati oleh tiap-tiap bangsa yang ada dekat Malaysia.

Disamping itu, wakil wanita muda, Muniraa bte Abu Bakar berkata wanita muda lebih terbuka dan selesa untuk menyertai NGO berbanding parti politik.

“Justeru itu, untuk himpunan 1000 wanita ini akan ramai wanita muda akan hadir kerana banyak NGO-NGO dan mendaftar dan hadir bersama ahli-ahlinya.

Satu perhimpunan yang dinamakan “Himpunan 1000 Wanita Melayu” akan dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan 1000 Wanita Melayu di Shah Alam 28 Oktober ini.

“Dengan slogan “Wanita Melayu, Minda Baru” himpunan ini akan mengetengahkan sepuluh (10) pembahas/pengusul yang akan membicarakan isu-isu merangkumi hal ehwal ekonomi, pendidikan, perundangan dan advokasi, peranan pelapis muda wanita, kepimpinan politik, sosial, kesihatan, kebajikan warga emas, veteran dan kerohanian.

Perhimpunan ini akan menampilkan tokoh akademik Prof. Dr Solehah Yaacob bersama Ahli Parlimen Yb Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Shamsudin dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh serta Hajah Haniza Talha.

Difahamkan, himpunan ini juga akan menampilkan negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sesi penutupan perhimpunan yang akan menyampaikan amanat kepada wanita-wanita Melayu, sekaligus menerima resolusi yang dibahaskan pada perhimpunan ini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp