TERKINI

Sekretariat Proklamasi Orang Melayu Jemput Khalid Samad Dengar Pencerahan

Khairuddin Abu Hassan – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2023 – Khalid Samad dijemput hadir untuk mendengar taklimat mengenai Proklamasi Orang Melayu agar mendapat pencerahan mengenai agenda gerakan tersebut.

Ketua Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata dalam satu kenyataan hari ini, sesiapa saja orang-orang Melayu tidak kira apa saja fahaman ideologi politik mereka boleh bersama Proklamasi Orang Melayu sekiranya mempunyai pendirian atau prinsip yang sama mengenai agenda memperkasakan semula orang-orang Melayu di tanahair.

“Saya ingin menjemput Khalid Samad ke Sekretariat Proklamasi Orang Melayu bagi memberi pencerahan kepada beliau mengenai teras perjuangan kita secara ‘tidak berpartisan’ dan bukan bermotifkan politik.

Beliau turut menjemput semua pemimpin Melayu Pakatan Harapan (PH) untuk menyokong dan menandatangani Proklamasi Tanah Air.

“Selepas pencerahan ini juga saya amat berharap semua pemimpin-pemimpin melayu PH bersama ahli-ahli mereka boleh menandatangani borang Proklamasi Orang Melayu termasuk Perdana Menteri Malaysia masa kini.

Khairuddin juga turut berkata bahawa pintu Sekretariat Orang Melayu terbuka luas kepada semua orang-orang Melayu merentasi apa saja fahaman atau ideologi politik kerana gerakan ini adalah berteraskan ‘bukan partisan.’

Baru-baru ini, Khalid Samad dalam satu kenyataan dilaporkan berkata kerjasama antara Tuan Guru Haji Hadi dan Tun Dr Mahathir sebagai ‘Pakatan Ahzab’ yang bertujuan untuk memporakperandakan negara dengan menjatuhkan kerajaan yang sah. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp