TERKINI

TikTok TV Pertiwi Pula Disekat

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2023 – Akaun TikTok milik syarikat media tempatan, TV Pertiwi pula disekat secara kekal semalam, menjadikannya medium media sosial terbaru syarikat media yang disekat.

Menerusi hantaran di twitter, TV Pertiwi memaklumkan bahawa akaun rasmi TikTok milik telah di sekat bermula semalam.

“TV Pertiwi ingin memaklumkan bahawa akaun rasmi TikTok Tv Pertiwi telah disekat dan dipadam bermula hari ini (15 Ogos 2023).

“Berdasarkan notis yang diterima, TV Pertiwi dimaklumkan bahawa alasan disebalik tindakan itu adalah disebabkan beberapa pelanggaran syarat. Demikian menurut hantaran tersebut.

Sebelum ini, laman portal MalaysiaNow dan Utusan TV juga pernah disekat namun tiada sebarang penjelasan diberikan SKMM.

Sekatan terhadap UtusanTV ditarik semula sebelum PRN, pada Sabtu lalu, namun Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menafikan pihaknya memberikan arahan berhubung sekatan tersebut.

Selain organisasi media, turut menjadi mangsa sekatan adalah akaun TikTok menteri besar Kedah dan blog milik bekas ahli Parlimen Wangsa Maju selama tiga penggal, Wee Choo Keong.

Wee turut memfailkan semakan kehakiman terhadap SKMM ke mahkamah berkaitan sekatan blog miliknya itu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp