TERKINI

Sekularisme tiada tempat di Malaysia – QIAM

Sirajuddin Salleh – foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 3 Juali 20-23 – Pertubuhan Gerakan Qiam menegaskan elemen sekularisme tiada tempat di Malaysia kerana nilai moral majoriti rakyat negara ini adalah berlandaskan Islam.

Presiden Gerakan Qiam Datuk Sirajuddin Salleh berkata, dengan majoriti pemilih cenderung memilih Islam, tiada sebab untuk mana-mana pihak yang mahu menang pilihan raya menjuarai sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

“Demokrasi adalah pertandingan mendapatkan bilangan. Pengundi cenderung kepada Islam. Kenapa mereka yang mahu menang pilihan raya perlu memperjuangkan sekularisme yang bertentangan dengan Islam?

“Ditambah lagi, sekularisme memperjuangkan kebebasan mutlak sehingga menjejaskan perkahwinan dan keluarga, jadi dengan semakin kurang generasi ke generasi, sekularisme semakin mengecil,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada artikel bertajuk “Malaysia’s Grim Islamic Future”, yang dikeluarkan oleh bekas diplomat Dennis Ignatius yang disiarkan Asian Sentinel baru-baru ini.

Ignatius antara lain membangkitkan kenyataan-kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin melampau dan keterlaluan selepas partinya gagal menjadi kerajaan.

Beliau juga mendakwa kegagalan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan pada pilihan raya November 2022 walaupun memenangi lebih banyak kerusi di parlimen berbanding parti tunggal lain, menjadikan Abdul Hadi semakin agresif, menjadikannya berazam untuk mencetuskan konfrontasi antara orang Islam dan bukan Islam.

“Kita berharap sekularisme tiada masa hadapan di Malaysia,” kata Sirajuddin, dalam respons balasnya itu.

Tambahnya, pentadbiran Islam seharusnya menjadi tujuan kerajaan yang mana ia menyatukan kembali moral dan undang-undang.

“Prinsip asas perkahwinan, keluarga, dan komuniti, dan agama harus diberikan fokus untuk menstabilkan masyarakat yang mana hasilnya akan memberikan produktiviti dan mengembangkan peradaban,” tambahnya.

Rakyat bukan Islam katanya tidak perlu khuatir dan bimbang sebaliknya perasaan prejudis harus dibuang.

“Pada 2023, negara sekular liberal obses dengan seksualiti, malah, definisi wanita juga turut dibahaskan.

“Mereka sudah hilang punca dan kita tidak seharusnya jatuh ke jurang serupa, kerana ini masanya Malaysia mempertahankan warisan tradisi, pentadbiran Islam, yang pernah mencorak tanah air kita tanpa keganasan dan semakin n berkembang,” katanya, lagi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp