TERKINI

Selepas Presiden PAS, Zuraida Tampil Nyatakan Komitmen Proklamasi Orang Melayu

Zuraida Kamaruddin – foto facebook Zuraida Kamaruddin

PUTRAJAYA, 4 Mei 2023 – Beberapa jam selepas Tuan Guru Haji Hadi bersama pimpinan PAS bertemu dan menandatangani Proklamasi Orang Melayu (POM), bekas Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin bertemu Dr Mahathir Mohamad di pejabat bekas Perdana Menteri itu, di Putrajaya semalam.

Menerusi catatan di Facebook, Zuraida berkata perbincangannya dengan Mahathir berkisar mengenai komitmen beliau ke atas Proklamasi Orang Melayu.

“Di dalam menuju negara bangsa yang mampan, sudah tentu kepentingan dan hak orang Melayu perlu diutamakan dengan tidak sama sekali mengetepikan hak bangsa lain.

“Kita bergerak sekata demi menyanjungi prinsip demokrasi sebenar,” katanya.

Bersama Zuraida dalam pertemuan itu, Ketua Sekretariat Proklamasi Orang Melayu Gerakan Datuk Wira Marzuki Yahya dan Ketua Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Terdahulu pemimpin tertinggi PAS diketuai Presidennya Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar tampil menyatakan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu.

Pada 27 Mac lalu, Sekretariat Proklamasi Orang Melayu dalam kenyataan berkata kempen itu akan dilakukan secara berterusan agar sampai kepada semua orang Melayu yang cintakan negara.

Mahathir pada 19 Mac Mahathir telah melancarkan Proklamasi Orang Melayu yang bertujuan untuk menyatukan kembali kekuatan politik orang Melayu agar agenda mengenai hak-hak orang Melayu dapat terus dibela.

Namun, acara pelancaran itu terpaksa dibatalkan sebanyak 3 kali kerana penyedia lokasi membatalkan tempahan bagi acara itu secara tiba-tiba. Perkara tersebut disuarakan oleh Mahathir yang mendakwa ada usaha pihak tertentu yang mahu menggagalkan usaha beliau. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp