TERKINI

“Shamsul Iskandar jangan cakap banyak, mana 6 kotak bukti?” – Khairuddin Abu Hassan

Khairuddin Abu Hassan – foto Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 28 Dis 2023 – Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan kenyataan Setiausaha Politik PMX Shamsul Iskandar sebagai ‘politik kosong’.

Kenyataan beliau, merujuk pada laporan media berhubung kenyataan Shamsul Iskandar yang mencabar Dr Mahathir Mohamad membenarkan siasatan SPRM ke atas beliau, termasuk anak-anaknya.

Khairuddin berkata, Shamsul tidak perlu bercakap banyak sebaliknya mendedahkan enam kotak bukti-bukti yang didakwa salahlaku bekas perdana menteri itu

“Shamsul Iskandar jangan cakap banyak tetapi beliau wajar keluarkan enam kotak bukti-bukti kononnya salahlaku Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sejak tahun 1998 sehingga kini keseluruhan rakyat Malaysia belum dapat melihat tuduhan palsu enam kotak bahan bukti-bukti salahlaku Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mengapa begitu lama untuk nak membuktikan semua tuduhan-tuduhan palsu tersebut? Soal Khairuddin.

Beliau juga menegaskan bahawa sudah 25 tahun mereka memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad tapi malangnya enam kotak-kotak tersebut tidak kelihatan langsung.

“Saya ingin menasihati Shamsul Iskandar agar bersabar sikit dan tunggu sehingga kes mahkamah Tun Dr Mahathir Mohamad menyaman PMX.

Khairuddin berpendapat bahawa mahkamah merupakan platform terbaik untuk kita buktikan segalanya.

“Bila sampai tarikh perbicaraan dalam kamar mahkamah semua pihak boleh mendakwa serta mempertahankan diri masing-masing mengikut peruntukan undang-undang. Katanya.

Pada Mei lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan perdana menteri itu di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: “Pelaksanaan Sebuah Idealisme” pada Mac lalu.

Dr Mahathir mendakwa, kenyataan Anwar dalam ucapannya pada kongres itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp