TERKINI

Siasatan Polis : Tun M tegaskan kenyataannya tidak salah

Mahathir Mohamad ketika diwawancara stesen TV Tamil – foto Youtube

KUALA LUMPUR, 24 Jan 2024 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak melihat ada melakukan kesalahan berhubung kenyataannya dalam satu temubual bersama saluran berita Tamil, Thanthi TV dari Chennai, India.

Dalam satu sidang media, semalam, Mahathir berkata, beliau mempunyai hak dan pendirian berhubung kenyataan dikeluarkan sebelum ini mengenai masyarakat India tidak setia kepada Malaysia kerana “masih terikat dengan negara asal”.

“Bila tanya mengenai kenyataan saya, mereka tunjuk rakaman video, saya tidak nampak apa yang saya buat salah.

“Saya ada hak mempunyai pendirian ataupun fahaman saya, tetapi nampaknya itu dikatakan salah…mereka (polis) tanya, saya kata akan jawab di mahkamah,” katanya.

Sidang media tersebut diadakan selepas beliau selesai memberi keterangan kepada polis selama sejam.

Dalam sidang media tersebut Mahathir turut mempersoalkan mengapa beliau sahaja disiasat oleh pihak berkuasa sedangkan terdapat pemimpin politik lain juga mengeluarkan kenyataan rasis dan 3R (agama, kaum, diraja).

Beliau memetik kenyataan Lim Guan Eng sebelum ini yang mendakwa jika Pulau Pinang di perintah PAS, maka semua kuil kuil akan diroboh.

“Ini satu kenyataan yang tidak benar, kerana kita tahu di Kelantan bukan saja ada kuil, patung Buddha yang terbesar di Malaysia terdapat di Kelantan, quite obvious pemerintahan PAS tidak rumah roboh kuil- kuil apa semua.

That is very racist punya view. Tapi saya tak tahulah sama ada dia disoal oleh polis ataupun tidak. Ujarnya.

Sebelum ini, dalam temu bual dengan saluran berita Tamil, Mahathir berkata orang India di Malaysia mesti ingat mereka ialah rakyat Malaysia lebih daripada pendatang.

Susulan kenyataan tersebut, beliau dikritik pelbagai pihak susulan pandangan diluahkan dalam temu bual itu.

Namun demikian, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican menyatakan bahawa kenyataan Tun Dr. Mahathir berkaitan kaum India dan kaum lain di negara ini tidak salah, sebaliknya kefahaman pihak yang menemuramah mantan Perdana Menteri itu jauh tersasar.

Murad berkata penemuramah yang bertanya kepada Tun M mengenai hal itu, sebenarnya telah salah dan tersasar berhubung kefahaman India.

“Mereka tidak faham keadaan di Malaysia dan mungkin dia tidak faham keadaan di England dan AS juga. Ujarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp