TERKINI

Sistem Sekolah Vernakular Wajar Diperhalusi Semula – Prof Murad

Ahmad Murad Merican – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 3 Sept 2023 – Sekolah kebangsaan sudah memadai untuk memupuk dan menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat berbanding sekolah vernakular, kata Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican.

Profesor sejarah sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata, sekolah vernakular juga sudah wajar diperhalusi dan dihapuskan secara berperingkat.

“Isu sekolah vernakular ini isu mengarut dan tidak perlu ditimbulkan, ia perlu ditiadakan berperingkat peringkat.

“Kalau nak duduk di Malaysia mereka kena menjadi orang Malaysia, benar ada kata sekolah kebangsaan tidak memupuk perpaduan, tapi ia membentuk asas pembinaan negara dengan betul,” katanya, kepada Malayadaily.

Beliau berkata, oleh yang demikian, pihak berwajib perlu tegas dalam memperbaiki dan menyusun semula sistem pendidikan negara.

“Sekolah adalah alat perpaduan negara, kalau sokong sekolah vernakular kita berfikiran terbalik, perlu suara tegas untuk memperbaiki dan susun semula sistem ini,” kata Murad. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp