TERKINI

Sokongan US kerana Yahudi Zionis ada pengaruh pemilihan Presiden – Tun M

Mahathir Mohamad – foto youtube TDM

KUALA LUMPUR, 26 Okt 2023 – Amerika Syarikat menyokong Israel kerana Yahudi di negara itu mempunyai suara dalam pemilihan presiden dan memiliki bank serta syarikat media, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata, hakikatnya Israel juga bukan kuasa besar dunia.

“Israel bukan kuasa besar. Namun ia tidak mempedulikan undang-undang atau moral antarabangsa, kenapa?

“Mengapakah kerajaan Amerika menyokong Israel? Ia adalah kerana orang Yahudi Amerika mempunyai suara yang besar dalam pilihan Presiden dan Kerajaan Amerika Syarikat. Mereka memiliki media dan bank,” kata Mahathir.

Oleh itu, Amerika dan United Kingdom yang secara terang-terangan menyokong Israel harus dikecam, disamping Israel, katanya.

“Semasa kita mengutuk Israel atas kekejaman terhadap rakyat Palestin, kita juga harus mengutuk kerajaan Amerika kerana menyokong kekejaman itu.

“Malah kerajaan Amerika nampaknya bersedia untuk menyokong pencerobohan Israel ke atas Gaza dan pembunuhan beramai-ramai yang dirancangnya. Kerajaan Amerika dan UK sama-sama bersalah,” kata Mahathir.

Perang Israel dan Palestin yang kini memasuki minggu kedua juga menyaksikan kematian lebih 5,000 nyawa penduduk Palestin dibunuh namun kematian dipihak Israel kekal 1,400 orang.

“Mungkinkah selepas membunuh 1,400 orang Israel pada hari pertama, Hamas telah berhenti menembak roket ke arah Israel?

“Atau adakah angka 1,400 oleh Israel itu untuk membenarkan percubaan pembunuhan beramai-ramai berterusan mereka terhadap Hamas dan semua rakyat Palestin,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp