TERKINI

SPM 2023 : 5 Dis hingga 7 Mac 2024 – KPM

SPM 2023 – Foto facebook KPM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2023 – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Dis tahun ini hingga 7 Mac 2024.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini, KPM memaklumkan ia bermula dengan Ujian Amali Sains dijadual pada 5 hingga 7 Dis, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 8 hingga 11 Jan manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 17 hingga 23 Jan, tahun depan.

Ia diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 29 Jan seterusnya Ujian Bertulis dijadual pada 30 Jan hingga 7 Mac.

“Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my . – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp