TERKINI

SPRM lebih cekap siasat kes Daim berbanding kes Zahid, Haniff Khatri

Haniff Khatri (kiri), Ahmad Zahid Hamidi (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 1 Feb 2024 – Peguam, Haniff Khatri mempersoalkan tahap kecekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysa (SPRM) berhubung siasatan ke atas Tun Daim Zainuddin berbanding siasatan ke atas Zahid Hamidi berhubung alasan pengguguran 47 pertuduhan jenayah yang berkaitan siasatan terhadap representasi bertulis Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan di laman sosial facebooknya, beliau mempertikai kecekapan pihak SPRM dalam isu tersebut berbanding siasatan mereka ke atas kes Tun Daim Zainuddin.

Haniff memetik laporan media yang menyatakan bahawa SPRM begitu cekap dalam menyiasat dakwaan harta Daim yang dikatakan tidak diisytiharkan, namun kecekapan itu tidak berlaku dalam kes Zahid Hamidi.

“Dalam bahasa mudahnya dalam tempoh satu bulan setengah dari tarikh dikatakan kononnya ketiadaan patuhan pendedahan Notis SPRM itu, pihak SPRM telah sebelum hari ini, 29.01.2024 kononnya dengan efisyen, rajin dan cekap mengenalpasti kononnya terdapat lagi 71 aset dalam pelbagai bentuk yang kononnya tidak didedahkan.

“Mengimbas kembali ke tarikh 04.09.2023, kesemua Rakyat Malaysia yang prihatin tahu bahawa Pendakawa Raya (yang dibantu oleh SPRM) telah memilih untuk menggugugrkan 47 pertuduhan jenayah berkaitan dana Yayasan Akal Budi terhadap Ahmad Zahid Hamidi atas alasan perlu lakukan siasatan lanjut berhubung representasi-representasi bertulis Ahmad Zahid Hamidi, yang mengakibatkan Mahkamah telah perlu lepas tanpa bebas beliau atas keadaan itu, lebih empat bulan setengah yang lalu.

Menurut Haniff, maka persoalan yang wajar di utarakan ialah mengapa tahap kecekapan SPRM dalam kes Daim Zainuddin ini tidak dizahirkan dalam kes melibatkan Zahid Hamidi.

“Persoalan wajar di minda Rakyat Malaysia yang prihatin.

“Bukankah tahap tinggi efisyen, rajin dan cekap yang ditunjukkAn oleh SPRM dan Pejabat Peguam Negara dalam kes Tun Daim Zainuddin wajib dan wajar dizahirkan berkaitan siasatan lanjut Ahmad Zahid Hamidi, yang sudah lebih empat bulan setengah tanpa pengumuman apa-apa perkembangan siasatan lanjut oleh SPRM dan Pejabat Peguam Negara?

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp