TERKINI

SPRM panggil anak bekas PM untuk rakam keterangan

Gambar hiasan – foto Warta Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Jan 2024 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil anak bekas Perdana Menteri untuk merakamkan keterangan berhubung perniagaannya akhir tahun 1990-an.

Sumber SPRM dipetik BERNAMA sebagai berkata, individu itu dipanggil memberi keterangan termasuk bagi mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.

Siasatan itu difahamkan berkaitan syarikat kepunyaan anak bekas perdana menteri itu yang didakwa membeli sebuah subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Siasatan kali ini memerlukan individu itu mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara secara bertulis,” kata sumber itu.

Disember tahun lalu, media melaporkan SPRM telah memanggil individu berkenaan untuk diambil keterangan berhubung dakwaan salah laku rasuah serta penyelewengan. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp