TERKINI

Sudah Lama Bincang, Kerajaan Reformasi Perlu Tubuh Majlis Media

Zaini Hassan – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 10 Okt 2023 – Menjadi tanggungjawab buat kerajaan yang sering membincangkan slogan reformasi untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia berikutan perbincangannya sudah berlarutan berdekad lama, kata wartawan veteran Datuk Zaini Hassan.

Bekas Pengarang Kanan akhbar Utusan Malaysia itu berkata, penubuhan Majlis Media mampu membebaskan media di negara ini daripada ancaman kuku besi mana-mana pentadbiran.

“Ini cabaran kerajaan reformasi untuk mereformasikan media mendemokrasikan media melalui menubuhkan majlis media negara.

“Orang media bincang berkenaan penubuhan majlis media sudah terlalu lama, sejak 30 tahun lalu saya masuk media sudah dibincangkan, berganti perdana menteri perkara ini juga dibincangkan.

“Majlis ini akan kawal selia perlakuan orang media itu sendiri, bukan diambil alih SKMM dan mahkamah, kecuali kalau ada pertuduhan jenayah,” katanya, kepada Malayadaily.

Zaini berkata, majlis itu juga akan berperanan sebagai pusat timbang tara bagi petugas media.

“Teguran-teguran atau kesilapan akan dicaj majlis media. Itu peranannya majlis media, menjadi pusat timbang tara mengawasi kelakuan dan gelagat (petugas media) sekiranya dan aduan di bawa majlis tersebut

“Itu langkah bijak daripada guna kuasa dapam istilah kuku besi untuk menekan media. Lebih baik serah kepada orang media sendiri untuk atasai tangani masalah media itu sendiri,” tambah Zaini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp