TERKINI

Surat Peguam Anwar ‘Bunyinya Lain Macam’ – Ibrahim Ali

foto facebook Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 19 April 2023 – Dato’ Dr. Ibrahim Ali menyifatkan jawapan surat dari peguam Perdana Menteri sebagai ‘bunyinya lain macam’.

Dari surat tersebut ia menggambarkan bahawa ucapan-ucapan menuduh Tun Dr Mahathir ini yang akan dipertahankan di mahkamah, bukan bermaksud Anwar Ibrahim bersedia mendedahkan bukti. Kata Ibrahim Ali dalam satu hantaran di facebook semalam.

“Apakah PMX cukup bukti? Jawapan surat dari Peguam PMX bunyinya lain macam saja. Ianya semacam bersedia menjawab tindakan Tun M membawa kes ke Mahkamah.

“Sama ada PMX bermaksud ucapan-ucapannya menuduh Tun M ini yang akan dipertahankan di Mahkamah. Ianya bukan bersedia untuk mendedahkan bukti, jika ada di luar mahkamah seperti melalui sidang media. Ujar beliau.

Berdasarkan surat daripada Aliff Benjamin Suhaimi Partner, dinyatakan bahawa beliau telah diarahkan oleh anak guamnya (Anwar Ibrahim) untuk menafikan segala dakwaan dan kandungan dalam surat tuan (tuntutan Tun M) tersebut. Anakguam kami bersedia untuk menjawab sebarang dakwaan (jika ada) di Mahkamah dan bukan melalui surat-menyurat sekiranya anakguam tuan ingin meneruskan dengan tindakan guaman. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp