TERKINI

Syahredzan Johan budak hingusan- Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan – foto Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 6 Dis 2023 – Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menempelak kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang meminta Dr Mahathir Mohamad “mencerminkan diri terlebih dahulu” berkait kenyataan bekas perdana menteri itu mengenai keputusan PRK Kemaman yang menyaksikan UMNO kalah teruk.

Khairuddin berkata, Ahli Parlimen Bangi itu tidak layak untuk bercakap mengenai Melayu dan beliau harus tumpu jadi ‘barua’ DAP.

“Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bercakap mengenai agenda Melayu hampir 80 tahun lebih.

“Budak Syahredzan Johan ini pun tidak ada lagi di muka bumi ini.

Menurut Khairuddin, apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad memang tepat bahawa orang Melayu sudah menolak UMNO.

“Selagi UMNO menjadi ‘barua’ DAP semacam Syahredzan Johan juga, maka selagi itulah orang Melayu tidak boleh terima lagi parti UMNO yang telah rosak teruk kini.

Khairuddin berkata, apa yang melucukan adalah apa yang Ahli Parlimen Bangi ini faham tentang UMNO.

“Beliau bukan ahli atau pemimpin UMNO sepertimana kami dahulu. Sekurang-kurangnya dahulu kami adalah ahli serta bekas pemimpin UMNO.

“Jadi Ahli Parlimen DAP di Bangi ini jangan ‘kalut’ hendak bercakap mengenai UMNO.

“Apakah beliau lupa bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah jadi Presiden UMNO selama 22 tahun?

Khairuddin menjelaskan bahawa keputusan PRK Kemaman telah menunjukkan secara jelas bahawa UMNO sudah hilang sokongan orang Melayu. Ini adalah fakta yang nyata.

“Ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi khususnya telah menolak parti UMNO yang kini menjadi ‘kaldai’ dan ‘barua’ pada PH serta DAP.

“Budak hingusan seperti Syahredzan Johan yang baru ‘setahun jagung’ dalam arena politik dapat diibaratkan seperti ‘langit dengan bumi’ dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di pesada politik tanahair dari tahun 1946.- malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp