TERKINI

Syarikat Diarah Ganti Tanah Rizab Melayu – PTG Perak

Gambar hiasan – foto facebook PTG Perak

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2023 – Syarikat bukan Melayu di Sitiawan, Perak perlu menukar status tanah lain milik mereka bagi menggantikan tanah berstatus rizab Melayu yang diperolehi.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, syarikat tersebut bersetuju, selepas rundingan untuk menukar tanah bukan rizab Melayu milik mereka di Teluk Intan dan Tapah kepada rizab Melayu.

Tambahnya, keseluruhan tanah milik syarikat yang telah ditukar menjadi rizab Melayu hanya 15 peratus daripada jumlah keseluruhan tanah dimiliki di Sitiawan.

“Kita tidak akan melepaskan atau membatalkan tanah rizab Melayu di Sitiawan. Ini bermakna, kita tetap akan usahakan untuk kembalikan rizab Melayu itu.

“Ia atas inisiatif syarikat itu sendiri, iaitu apa pun tanah yang pada fikiran mereka mempunyai potensi untuk pembangunan, kalau tanah itu tanah putih, maka penjualannya hanya kepada Melayu sahaja,” katanya memetik laporan Utusan, hari ini.

“Iltizam kita, walau apa cara sekali pun (tanah itu) tetap kembali ke Melayu kerana pengisytiharan rizab Melayu itu sama sekali tidak dibatalkan,” katanya.

Isu tanah rizab Melayu seluas 3,214 hektar di Sitiawan tercetus kerana berlaku perpindahan milik kepada bukan Melayu melalui penjualan pegangan saham syarikat Melayu kepada syarikat bukan Melayu. – Utusan

Facebook
Twitter
WhatsApp