TERKINI

Syed Saddiq Perlu Belajar Hormati Perjuangan Tun M – Khairuddin

Gambar malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2023 – Ahli Jawatankuasa Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihatkan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar belajar menghormati perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad, menerusi agenda Proklamasi Orang Melayu.

Beliau berkata, jika Syed Saddiq yang mahu memperjuangan kepelbagaian kaum, itu adalah haknya.

“Perjuangan ‘multi racial’ Syed Saddiq itu adalah hak beliau tetapi dalam masa yang sama Syed Saddiq kena hormati wadah perjuangan Proklamasi Orang Melayu Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpaut erat pada perlembagaan persekutuan ke arah mewujudkan sebuah negara majmuk yang berteraskan ‘peace,’ ‘love’ dan ‘unity’ di antara kaum-kaum di negara kita yang amat disayangi ini. Katanya.

Menurut Khairuddin, walaupun semangat Melayu Tun Dr Mahathir Mohamad amat kuat tetapi dalam masa yang sama ‘tokoh negarawan’ ini senantiasa menasihati semua pihak untuk menghormati hak-hak kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

“Hakikatnya, Tun Dr Mahathir Mohamadlah tokoh pemimpin melayu yang senantiasa menyayangi semua kaum- kaum di tanahair yang tercinta ini.

“Bagi saya Syed Saddiq tak perlu ‘ajar itik berenang’ kerana beliau adalah seorang anak muda yang masih terlalu ‘green’ dalam bidang politik. Ujarnya.

Khairuddin juga menegaskan bahawa beliau juga menghormati pandangan Syed Saddiq tetapi dalam masa yang sama Syed Saddiq jangan lupa sejarah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memajukan karier politiknya.

“Apa pun, saya menghormati pandangan Syed Saddiq tetapi dalam masa yang sama Syed Saddiq jangan lupa sejarah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamadlah yang mengacukan kareer politiknya ketika beliau mula membabitkan diri dalam gerakan Deklarasi Rakyat pada suatu ketika dahulu.

Khairuddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Syed Saddiq yang menyanggah gerakan Proklamasi Orang Melayu sebagai untuk memecah-belahkan di antara kaum-kaum sebagai persepsi melulu tanpa asas yang kukuh. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp