TERKINI

Tak wujud lagi undang-undang yang adil di Malaysia, kata Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 4 Feb 2024 – Pemimpin Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan sudah tidak wujud lagi undang-undang yang adil dan saksama di Malaysia, sebaliknya ia berat sebelah.

Dalam satu kenyataan, Kahiruddin mendakwa mereka yang menyokong kerajaan akan selamat manakala musuh politik akan ‘dicincang’ demi menjaga kekuatan politik mereka.

“Di Malaysia sudah tidak ujud lagi undang-undang yang adil dan saksama tetapi berunsur ‘berat sebelah.’

“Siapa sokong kerajaan Madani akan selamat dan musuh-musuh politik ‘dicincang’ seorang demi seorang bagi menjaga kekuatan politik mereka. Ujarnya.

Dalam pada itu, Khairuddin juga berkata, badan-badan penguatkuasaan undang-undang dijadikan instrumen untuk kerajaan bertindak secara tidak adil ke atas musuh-musuh politik mereka saja.

Khairuddin ketika mengulas pandangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, bersetuju bahawa gabungan PH, DAP dan UMNO bakal hilang sokongan orang-orang Melayu secara mutlak.

“Sokongan kaum asing juga akan terus merosot kerana mereka sudah hilang kelercayaan dengan kewibawaan kepimpinan PMX.

“Di bawah kepimpinan PMX segalanya jatuh merudum dan beliau adalah seorang Perdana Menteri yang ‘clueless’ tidak mampu untuk memimpin negara ke tahap yang meyakinkan. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp