KUALA LUMPUR, 7 Sept 2023 – Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas kenyataan Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker yang mendakwa Tun Mahathir memecahkan rakyat Malaysia berdasarkan etnik dalam pentadbiran 22 tahun sebagai perdana menteri, menyifatkan beliau sebgai budak ‘hingusan’ yang cepat lupa sejarah.
Khairuddin berkata, pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memimpin negara selama dua puluh dua tahun disifatkan sebagai paling adil terhadap semua kaum khususnya dalam bidang ekonomi.
“Naib Presiden MCA Ti Lian Ker seorang budak ‘hingusan’ yang cepat lupa sejarah kepimpinan negara kita.
“Kaum pendatang tidak boleh cemerlang dan bidang ekonomi walaupun di waktu penjajah British mentadbir negara ini.
“Segala peluang perniagaan hanya dibolot oleh pihak penjajah. Ujarnya.
Khairuddin, yang juga Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu (POM) berkata, bangsa Cina cemerlang di bidang ekonomi setelah kepimpinan Melayu menerajui negara.
“Kepimpinan Melayu amat baik dan ikhlas. Pemimpin-pemimpin Melayu tidak pernah menyekat atau menekan peluang perniagaan pada bangsa Cina di Malaysia.
“Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun lonjakan ekonomi orang Cina dan bangsa asing melonjak naik dengan begitu mendadak. Katanya.
Jelas Khairuddin lagi, Ti Lian Ker tidak boleh menafikan dan memadam sejarah kepimpinan yang amat adil Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap semua bangsa asing dalam bidang ekonomi di tanahair kita yang tercinta ini.
“Pernahkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap rasis atau zalim terhadap kaum-kaum lain selama 22 tahun pemerintahannya?
“Tokoh negarawan terulung ini telah berusaha keras untuk menggerakkan proses asimilasi antara kaum-kaum di negara kita.
“Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan ‘Sekolah WAWASAN’ yang bakal menempatkan 3 sekolah berteraskan kaum Cina, India serta Melayu dalam satu kawasan tetapi persatuan-persatuan Cina yang menolak keras cadangan ini.
“Bangsa Melayu cukup baik dan tidak pernah ada perasaan ‘buruk sangka’ ada kaum-kaum lain di bumi bertuah ini. Katanya.
Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin menegaskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sering kali mengingatkan kami agar menghormati Perlembagaan Persekutuan dan jangan sama sekali menganjurkan sebarang bentuk unsur-unsur provokasi terhadap ‘3R.’
“Matlamat Proklamasi Orang Melayu untuk memertabatkan semula maruah melayu dan mewujudkan sebuah negara yang berteraskan konsep ‘peace,’ ‘unity’ dan ‘respect’ di antara kaum-kaum di Malaysia.
“Saya juga ingin memaklumkan pada Ti Lian Ker bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap berdasarkan fakta bukan ‘auta’ tetapi musuh-musuh politik beliau seringkali memutar-belitkan fakta-fakta yang diketengahkan oleh tokoh negarawan ini. – malayadaily.com