TERKINI

Perlembagaan Persekutuan dan Identiti Negara Mesti Dikekalkan

Gambar hiasan – foto AbeBooks

Kebelakangan ini beberapa individu seperti Tawfik Ismail anak kepada Tun Dr Ismail Timbalan Perdana Menteri Ke-dua Malaysia, Syed Saddiq dan beberapa orang lagi, sama ada tidak memahami atau sengaja mahu memutarbelitkan usaha yang sedang dijalankan melalui Proklamasi Orang Melayu (POM).

Kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan semuanya menggambarkan, seolah-olah POM ini ialah satu usaha Tun Dr Mahathir hendak memecah belahkan kaum di negara ini dengan membangkit kan sentimen perkauman Melayu dan boleh menjadikan negara huru-hara.

Kerana kewujudan mereka seperti inilah, usaha penerangan dan penyatuan prang Melayu melalui Proklamasi Orang Melayu (POM) harus di pertingkatkan.

Mereka perlu memahami, POM ialah satu platform untuk orang Melayu bersatu dan bersetuju untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Yang mana didalam perlembagaan termaktubnya hak kedudukan istimewa orang Melayu, kesucian Agama Islam dan kedudukan raja-jara melayu serta Bahasa Melayu.

Apa yang kita pertahankan ialah identiti negara kita, Malaysia yang merdeka sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang jati dirinya ialah Melayu dan agama Islam.

Apabila terdengar ada cubaan hendak menghakiskan identiti Melayu ini dan menjadikan negara ini pelbagai bangsa atau ‘multiracial’, adalah respon yang semulajadi untuk mempertahankannya.

Ini bukan bermakna orang bukan Melayu tidak boleh tinggal di negara ini atau negara ini hanya untuk orang Melayu sahaja.

Negara ini mempunyai penduduk berbagai kaum dan kita meraikan kepelbagaian ini, kerana ia menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berwarna-warni.

Setiap rakyat negara ini, tidak kira apa bangsa dan agama bertanggungjawab menyumbang kepada kemajuan negara tidak kira samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Jelas disini, perpaduan kaum yang sememangnya baik sepanjang 66 tahun ini amat penting di kekalkan bagi menjamin kemajuan negara untuk masa hadapan.

Bagi mereka yang semakin menipis jati diri Melayunya, fahamkan. Perjuangan ini ialah untuk tidak merubah apa yang sedia ada. Iaitu, Perlembagaan Persekutuan dan identiti negara.

Azman Mohd Hashim – Semangat Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp