TERKINI

Peruntukan Wakil Pembangkang : “Kenapa Kena Bincang?” – Khairy Jamaluddin

Podcast Keluar Sekejap – foto Awani

KUALA LUMPUR, 21 Sept 2023 – “Kenapa kena bincang?” demikian persoalan bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaludin berhubung kenyataan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu peruntukan kepada wakil rakyat parti pembangkang.

Dalam program podcast Keluar Sekejap (KS), Khairy berkata jika kerajaan benar-benar nak bawa reformasi institusi, peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang sepatutnya menjadi automatik.

“Saya nak tanya, kenapa kena bincang?

“Patut benda ni jadi automatik, kalau betul-betul nak bawa reformasi institusi selagi you adalah ahli parlimen, selagi orang itu adalah ahli parlimen, ahli dewan rakyat yang dipilih, dia dengan automatik akan mendapat peruntukan dengan syarat-syarat, peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh ICU, unit penyelerasan dan perlaksanaan ataupun agensi yang berkenaan, that should be the case.

“Kenapa pula nak kena bincang dengan TPM (timbalan perdana menteri), apa bendanya nak bincang, dia dah menang dia wakil rakyat, tak kisahlah dia daripada PAS ke dia daripada Bersatu ke dia daripada Warisan ke, daripda KDM parti ke selagi dia adalah wakil rakyat dia sepatutnya dapat, baru reformasi institusi. Bidas Khairy.

Rakan podcast KS, Shahril Hamdan bersetuju dengan pandangan Khairy dan menyifatkan ia persoalan tentang keadilan.

“Saya setuju 100 % dan benda ni kita bincang banyak kali dan dibuat pada zaman Datuk (Seri) Ismail Sabri, tapi tak dibuat sebelum itu dengan penuh dan tidak dibuat sekarang.

Shahril berpandangan bahawa kelompok yang tidak mahu bersetuju dengan pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, masih dalam duduk dalam ‘dunia’ yang sangsi.

“Apa yang mereka fikirkan bila grup-grup atau kelompok yang tak nak bagi peruntukan sama dan saksama dengan semua ni mereka masih lagi berfungsi dalam dunia di mana kalau kita bagi kewangan kepada lawan kita, lawan kita boleh menang dan kita tak boleh nak bagi bantu sebarang sikit pun.

“Kalau kita bagi maka lebih mudah dia mempertahankan kerusi dia susuah untuk calon kita nak menang pada election yang seterusnya

“Saya tak nak kata benda ni betul atau tak betul, mungkin di setengah kawasan ada faktor kewangan dan faktor peruntukan boleh membantu popularti seorang wakil rakyat tetapi ni soal keadilan dan parti yang menjadi parti induk pada kerajaan hari ini adalah parti keadilan, tegas Shahril.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengingatkan wakil rakyat pembangkang supaya berunding dengan kerajaan sekiranya mahu peruntukan disalurkan kepada mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menasihatkan Ahli Parlimen pembangkang supaya tidak angkuh dan sombong, sebaliknya berbincang dengan kerajaan.

Tambah Anwar lagi, itu adalah keputusan muktamad daripada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp