TERKINI

Tiada pembangunan, kerajaan tak akui ekonomi lemah, kata Mahathir.

Mahathir Mohamad (tengah) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 1 Dis 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi peringatan beliau kepada kerajaan perpaduan agar memberi perhatian serius terhadap masalah nilai matawang negara.

Beliau berkata, jika matawang jatuh kuasa daya beli akan berkurang dan kos sara hidup akan meningkat.

“Satu perkara yang kerajaan perlu beri perhatian secara serius ialah nilai matawang. Kalau ia jatuh, untuk membeli sesuatu, kita kena beli dengan harga yang lebih, pasal nilai matawang dah jatuh.

“Dia punya daya beli sudah kurang bermakna bahawa kalau nilai matawang jatuh, kos sara hidup meningkat, tetapi kita dapati kerajaan ini membiarkan matawang kita jatuh, jatuh merudum, katanya dalam program Minggu Negarawan “Setahun Kerajaan PHBN” di Putrajaya, pada Rabu.

Mahathir juga menempelak kerajaan yang tidak mengakui kemerosotan ekonomi sebaliknya kerajaan memaparkan berita-berita tentang peratusan pertumbuhan ekonomi yang baik, walhal harga barangan dan kos sara hidup, terus meningkat.

“Soal ekonomi merosot ini semua orang tahu ekonomi tetap merosot tetapi tak ada pengakuan daripada kerajaan bahawa ekonomi merosot dalam akhbar hari-hari kita dengar oh..ekonomi kita cukup baik, tumbuh dengan peratusan itu peratusan ini tetapi hakikatnya ialah harga barangan naik, cost of living (kos sara hidup) naik dan ramai orang tak ada kerja pun.

“Dulu RM3.80, 1 dollar US sekarang ini 4.70, dekat seringgit lebih murah duit kita daripada dulu.

“Nak beli apa pun nak kena ada duit banyak, kalau tak ada duit cukup bermakna kita jadi miskin,
kalau kerajaan nak buat apa pun, kos akan meningkat, sekali kerajaan juga tak dapat buat pembangunan atau pun apa-apa.

“Sebab itu kita lihat dalam satu tahun ini tak ada pembangunan apa pun yang berlaku sebaliknya kos sara hidup sudah meningkat, ujarnya. – malaydaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp