TERKINI

Tiada sambutan Tahun Baharu 2024, solidariti Palestin dan mangsa banjir

Kemusnahan di Gaza – foto Reuters

KUALA LUMPUR, 30 Dis 2023 – Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kejam oleh rejim zionis Israel dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri.

“Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian dengan keadaan setempat,” katanya kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di sini malam ini.

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 pada Ahad ini di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya sebagai alternatif untuk masyarakat Islam Malaysia yang lazim menyambut Tahun Baharu Masihi. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp