TERKINI

Tidak Munasabah Pawagam Sabotaj Filem Anwar – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan – foto DSKhairuddin

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2023 – Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berpendapat adalah amat tidak munasabah ada pawagam mensabotaj filem ‘Anwar: The Untold Story’ yang di dakwa oleh produksi filem tersebut.

Khairuddin yang juga penyokong kuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, alas an tersebut dangkal kerana Anwar Ibrahim kini Perdana Menteri.

“Amat tidak munasabah pawagam berani sabotaj filem ‘Anwar: The Untold Story’ yang kini beliau adalah Perdana Menteri Malaysia.

“Siapa yang berani cuba hendak sabotaj filem ini  kerana kerajaan masakini dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang juga ditonjolkan sebagai watak ‘protagonis’ dalam naskah ‘Anwar: The Untold Story.’

“Ini merupakan alasan yang cukup ‘dangkal’ dan ‘bodoh’ dari pihak produksi. Ujarnya.

Baru-baru ini, produksi filem Anwar: The Untold Story mendakwa sesetengah pawagam melakukan sabotaj terhadap tayangan naskhah biopik yang memaparkan kisah perjuangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim itu.

Pengerusi DMY Creation, Mohamed Yusoff berkata, meskipun filem berkenaan mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, namun jumlah tersebut masih tidak mencapai sasaran susulan ada pawagam enggan memberi lebih slot tayangan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp