TERKINI

Timbang Sains, Matematik Diajar Menggunakan Bahasa Inggeris – Tun Mahathir

Mahathir Mohamad – foto facebook Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2023 – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan kerajaan mengembalikan semula pembelajaran Matematik dan Sains menggunakan Bahasa Inggeris.

Beliau berkata, sebahagian besar maklumat dan pengetahuan bagi kedua-dua bidang itu hadir dalam bahasa Inggeris dan bukan dalam Bahasa Melayu.

“Ramai ibu bapa yang kecewa dengan keputusan kerajaan menghentikan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebagai pilihan. Mereka berpandangan itu akan menjadikan masa depan anak mereka suram.

“Ilmu pengetahuan ini perlu diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Penterjemah pula harus mempunyai kefahaman yang baik dan lancar menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan tidak ramai yang mempunyai kelayakan itu.

“Selain itu, penemuan baru dalam Sains dan Matematik berubah setiap hari, perlukan kumpulan penterjemah yang besar untuk menterjemahkannya,” kata Mahathir.

Beliau turut mengakui wujud kepentingan untuk memperkasa Bahasa Melayu namun, objektif pendidikan adalah untuk memperolehi ilmu pengetahuan.

“Kita tidak boleh mengorbankan ilmu pengetahuan semata-mata mahu membangunkan bahasa kebangsaan.

“Sia-sia sahaja pendidikan sekiranya kita ketinggalan dalam ilmu pengetahuan yang merupakan asas kepada kemajuan dan pembangunan,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp