TERKINI

Tindakan afirmatif bukan hanya Melayu Bumiputera, tetapi semua – Prof Teo Kok Seong

Teo Kok Seong – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 22 Feb 2024 – Perkara 153 pada Perlembagaan Persekutuan adalah mengenai tindakan afirmatif yang menjadi dasar untuk membantu kelompok-kelompok yang tertinggal oleh beberapa sebab seperti faktor sejarah seperti yang berlaku pada orang Melayu.

Tokoh Akademik terkenal, Profesor Emeritus Dato’ Dr Teo Kok Seong menegaskan bahawa, sungguhpun tindakan afirmatif itu setakat ini banyak kepada bantuan untuk orang Melayu, tetapi ia juga digubal untuk membantu kelompok bukan Melayu.

“Perkara 153 pada Perlembagaan Persekutuan kita tu adalah tentang tindakan afirmatif iaitu dasar-dasar yang kita wujudkan untuk membantu kelompok-kelompok yang tertinggal oleh beberapa sebablah, faktor sejarah seperti yang berlaku pada orang Melayu.

“Dan sudah tentulah tindakan afirmatif itu setakat ini banyak menghala kepada bantuan kepada orang Melayu, tetapi kalau kita kaji betul-betul tindakan afirmatif ini juga digubal untuk membantu kelompok bukan Melayu khususnya masyarakat India yang didapati amat ketinggalan, walaupun mereka ada parti politik yang hebat. Ujarnya dalam wawancara bersama malayadaily, baru-baru ini.

Menurutnya, bagi masyarakat India, kerajaan telah mewujudkan satu unit khusus di Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan yang tertentu, khusus untuk membantu masyarakat India yang ketinggalan.

“Maka kerajaan mewujudkan satu unit khusus di Jabatan Perdana Menteri itu dengan peruntukan yang tertentu, khusus untuk membantu masyarakat India yang ketinggalan.

“Itu tindakan afirmatif itu yang sebelum itu digunakan untuk membantu orang Melayu dan untuk yang orang Cina pun, mungkin mereka tak sedar.

Tambah Teo Kok Seong, masyarakat Cina juga dibantu menerusi tindakan afirmatif dalam sektor penjawat awam khususnya Polis.

“Ada satu ketika tu kerajaan mengurangkan syarat untuk orang Cina dan orang India ni untuk memasuki pasukan polis dengan mengatakan bahawa kalau tidak ada gred kepujian pada mata pelajaran bahasa Melayu.

“Tu mereka akan diserapkan masuk juga dan diberi tempoh beberapa tahun untuk mereka perbaiki pengetahuan bahasa Melayu mereka, itu tindakan afirmatif, itu maknanya kita menggubal satu set dasar yang tertentu sifatnya untuk membantu kelompok-kelompok tertentu yang ketinggalan dalam sekto-sektor tertentu. Katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa secara rasminya memang tidak ada diskriminasi etnik seperti yang ditanggapi oleh orang Cina.

“Itu memang tak ada. Ujarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp