TERKINI

Tun M Patriotik, tetap hadir sambutan kemerdekaan walau tak diundang kerajaan

Mahathir Mohamad hadir bertemu rakyat ketika sambutan kemerdekaan ke 67 di Putrajaya

PUTRAJAYA, 31 Ogos 24 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didapati hadir ke acara sambutan kemerdekaan di Putrajaya tanpa apa-apa undangan daripada pihak kerajaan.

Dalam satu kenyataan, Dato Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, insiden ini amat memalukan dan tidak masuk akal apabila seorang tokoh negarawan yang masih disanjungi dunia yang begitu banyak jasanya pada bangsa, negara dan tanahair dipinggirkan dari acara yang amat bermakna pada keseluruhan rakyat Malaysia.

“Insiden ini amat memalukan saya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan bangsa mahupun negara kita.

“Kerajaan Madani nampak seolah-olah mendidik rakyat Malaysia untuk lupuskan nilai-nilai kenang budi walaupun pada tokoh-tokoh yang banyak berjasa pada negara kita.

“Sepatutnya, apa saja perbedaan pendapat dalam politik tidak harus jadikannya sebagai garisan pemisah di antara anggota kerajaan dengan tokoh pemimpin terdahulu. Ujar Khairuddin.

Dalam sambutan hari kemerdekaan ke 67 ini, Mahathir hadir bertemu rakyat dan mengikuti acara perbarisan bersama khalayak.

Menurut Khairuddin lagi, semangat Tun Mahathir sebagai seorang yang patriotik amat luarbiasa.

“Semangat patriotisma yang dipamerkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir sebagai rakyat Malaysia tanpa undangan juga membuktikan satu contoh teladan terbaik atas semangat cintakan bangsa serta negara yang amat kental. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp