TERKINI

Tun M Tempelak Anwar, Mahu PM Kemuka Bukti Dakwaannya Di Mahkamah

Foto Utusan Malaysia

PUTRAJAYA, 8 Mei 2023 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad hari ini menempelak sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memintanya membuat deklarasi kekayaannya sedangkan Anwar Ibrahim dikatakan mempunyai berkotak dokumen yang kononnya penuh dengan maklumat tentang kekayaan beliau.

“Tak payahlah menyuruh saya buat deklarasi kekayaan saya kerana kononnya Anwar tahu. Dia punyai banyak kotak dokumen yang kononnya penuh maklumat berkenaan kekayaan saya.

“Di mahkamah tunjuk bukti yang ada pada Anwar akan kekayaan saya. Ujar Mahathir.

Dalam satu kenyataan di media sosial twitter miliknya, Dr Mahathir berkata beliau hairan dengan tindak-tanduk Anwar sejak akhir-akhir ini.

“Saya hairan dengan tindak-tanduk Datuk Seri Anwar sejak akhir-akhir ini.

“Konon ramai pemimpin dahulu kaya kerana rasuah dan dia punyai berpuluh kotak berkenaan tuduhan ini. Kalau sudah ada dedahlah dan cajlah di mahkamah.

“Tetapi tidak. Konon nak suruh pemimpin lama isytihar kekayaan mereka dan bantu rakyat miskin. Anwar adalah satu dari pemimpin lama yang dituduh bantu kroni. Ujarnya.

Mahathir dalam kenyataan yang sama juga meminta agar Anwar mendedahkan kekayaan ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri sepertimana yang beliau tuntut sekarang.

“Dedahlah kekayaan di masa jadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang dituntut sekarang. Dan bantulah rakyat dengan duit sendiri, bukan duit Kerajaan.

Baru-baru ini Anwar Ibrahim mencabar Tun Mahathir serta bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp