TERKINI

Tun Mahathir Berpengalaman, Mampu Bantu Bina Negara Bangsa – Mohd Zin Mohamed

Mahathir Mohamad, Mohd Zin Mohamed – foto Proklamasi Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2023 – Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pasti mempunyai kefahaman meluas berkenaan masalah yang dihadapi orang Melayu yang kini tidak dilihat sebagai pemain utama di dalam negara, kata Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Timbalan Pengerusi Seketariat Proklamasi Orang Melayu itu berkata, negarawan berusia 98 tahun itu sudah berpengalaman luas sejak zaman sebelum kemerdekaan dan melalui pelbagai peristiwa dihadapi negara membolehkan beliau untuk membina semula negara dan bangsa tersebut.

“Mahathir yang menjangkau usia 98 tahun mempunyai pengalaman cukup luas daripada sebelum Merdeka hingga selepas Merdeka, dan melalui pelbagai peristiwa negara.

“Sudah tentu beliau mempunyai kefahaman sebenar tentang apa sebenarnya yang dihadapi masalah negara kita ini terutama orang Melayu.

“Kerana Melayu sebagai bangsa teras di dalam Malaysia, hanya menjadi pemain simpanan atau sampingan dalam usaha kita membina negara dan bangsa,” katanya, kepada Malayadaily.

Bekas menteri kerja raya itu berkata, selaku bangsa dominan, Melayu seharusnya menjadi pemain utama dalam bidang politik tanah air. Rakaman video tersebut boleh ditonton di sini.

“Kalau kita bangsa teras tentulah kita menjadi pemain utama, tak boleh jadi pemain simpanan atau sampingan.

“Melayu bangsa teras, perlu jadi pemain utama, terutama bidang politik atau geopolitik negara kita ini,” katanya, lagi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp