TERKINI

Ucapan Pensyarasah Pro-Zionis di UM: VC dan Jabatan harus beri keterangan – KP Pejuang

Rafique Rashid (kanan) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 26 Apr 24 – Wakil parti Pejuang, Rafique Rashid menggesa pihak-pihak berkepentingan di dalam Universiti Malaya harus dipanggil dan memberi keterangan berkaitan kontroversi ucapan seorang Profesor Pro-Zionis, Bruce Gilley.

Menurut Rafique, pihak yang harus dipersoalkan mengenai beberapa persoalan penting antaranya, mengapa dia di jemput dan diberi ruang untuk bercakap serta siapakah yang mengatur program-program beliau di universiti Malaya.

“Saya merasakan bahawa pihak yang kini harus dipersoalkan mengenai, nombor satu kenapa dia dijemput? nombor dua, kenapa dia diberi ruang untuk bercakap, nombor tiga siapakah yang mengatur carakan program-program beliau di universiti Malaya?

“Pihak berkepentingan dalam Jabatan ini, di Universiti Malaya dan juga mungkin pejabat VC di Universiti Malaya harus dipanggil dan memberi jawapan.

“Kalau tidak tepat jawapannya atau kalau tidak memuaskan hati mana-mana pihak terutamanya rakyat kebanyakan, maka pihak-pihak yang bertanggungjawab ini mesti dipertanggungjawabkan heads must roll. Tegas beliau

Baru-baru ini, UM mendapat kecaman kerana memberi pentas syarahan kepada seorang ahli akademik Amerika Syarikat yang menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.

Bruce dikatakan mendakwa dan menuduh ahli politik Malaysia menggesa ‘Holocaust kedua’ terhadap orang Yahudi dan juga menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Universiti Malaya (UM) tampil memohon maaf kepada semua pihak sambil melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kontroversi dibuat seorang profesor dipercayai pro-Israel, ketika tampil sebagai penceramah jemputan universiti itu.

Pusat Komunikasi Korporat (CCC) UM dalam kenyataannya, berkata, laporan lengkap berhubung isu ini sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terbabit dengan isu ini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp