TERKINI

UiTM kekal artikel 153, sekadar bantu pelajar kandas program Parallel Pathways – Ibrahim Abu Shah

Ibrahim Abu Shah – malayadaily.com

SHAH ALAM, 5 Jun 24 – Tujuan utama UiTM mengambil tujuh orang penuntut pasca siswazah bagi latihan profesional Kardiotorasik adalah bertujun untuk membantu penuntut tersebut yang terkandas kerana mengikuti program ‘Parallel Pathways’, demikian ulasan Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.

Dalam temubual bersama malayadaily baru-baru ini, Ibrahim Abu Shah berkata oleh kerana penuntut tersebut mengikuti program ‘Parallel Pathways’ yang merupakan program haram dan tidak sah, maka tindakan menerima pelajar tersebut sebagai tindakan betul untuk membantu penuntut tersebut.

“Maka itu, tiba-tiba nama UiTM terbabit kerana apa? kerana apabila perkara ini berlaku dihadapi oleh pelepasan ini merupakan program yang haram yang tidak sah yang tidak di accredit yang tidak direcognize oleh mana-mana sekalipun, kita kesian, kita cukup simpati kepada mereka yang terlibat dalam konteks kardiotorasik ini, (iaitu) lebih kurang 7 orang walaupun majoritinya orang bukan Melayu tetapi saya rasa kita berjiwa besar.

Tambah beliau, selain untuk membantu, UiTM juga mempunyai fasiliti dan keperluan yang mencukupi untuk menjalankan program kardiotorasik ini.

“Kita satu-satunya universiti yang ada orang lain tidak ada, orang lain bukan saja belum mampu untuk memulakan program ini universiti lain, belum mampu walaupun universiti lama sekalipun belum mampu, kita satu-satunya universiti just happen kita universiti Melayu itu saja.

Menurut Ibrahim Abu Shah, UiTM tetap dibawa Artikel 153 namun pengambilan kursus pasca siswazah tersebut hanya bersifat one off dan ia bertujuan untuk membantu mereka yang terkandas.

“Perkataan one off ini bukan baru, kalau tuan-tuan masih ingat semasa kes Arab Spring di mana pelajar-pelajar daripada negara Egypt, ia terpaksa balik dan mereka daripada private universiti apa semua, memang kita tidak boleh terima, tetapi konsep one off ini IPTA mengambil mereka sampai mereka dapat degree.

“(Tamat ijazah) baru stop, kita tak ambil lagi dah one off, sama juga dengan perkara ini. Ujarnya. Rakaman temubual tersebuk boleh ditonton di sini.

Sebelum ini, Ibrahim Abu Shah berkata institusi itu sepatutnya membuka sementara ruang untuk pegawai perubatan bukan bumiputera untuk menyambung pengajian peringkat pakar dalam bidang pembedahan kardiotoraks. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp