TERKINI

Ukraine-Russia sebenarnya Perang AS-Russia – Pakar Ekonomi AS

Jeffrey David Sachs – foto Tucker Carlson

PUTRAJAYA, 22 Julai 24 – Pakar Ekonomi Amerika Syarikat (AS), Jeffrey David Sachs meminta semua pihak memahami bahawa perang antara Ukraine Russia sebenarnya adalah perang antara AS dengan Russia.

Dalam satu temubual bersama Tucker Carlson menerusi satu podcast, David Sachs berkata, keberadaan AS di Ukraine menjadi punca konflik Ukraine-Russia.

“Semua orang harus faham ini bukan tentang Ukraine dan Rusia, ini tentang AS berada di Ukraine dan Rusia, jadi yang perlu bercakap adalah Biden dan Putin.

Menurut David Sachs lagi, AS secara unilateral mula meletakkan peluru berpandu di Poland dan kemudian di Romania dimana, kawasan ini merupakan kawasan bersempadan dengan negara Russia yang telah mencetuskan ketidakstablian rantau tersebut.

“Kemudian 2004, tujuh lagi negara menyertai NATO, Latvia, Lithuania, Estonia, Romania, Bulgaria, Slovakia, dan Slovenia.

“Kini (NATO) mula berada Laut Hitam Romania Bulgaria, tiba-tiba kini terdapat negara-negara Atlantik Utara tetapi semuanya sebahagian daripada perancangan, semua dinyatakan dengan jelas (untuk) mengelilingi kawasan sempadan Rusia.

Dalam temubual yang sama, David Sachs juga berkata, pada tahun 2007 Presiden Putin memberikan ucapan yang sangat jelas di Persidangan Keselamatan Munich dengan nada yang sangat kecewa, di mana dia memetik Putin berkata;

“Anda memberitahu kami pada tahun 1990, NATO tidak akan memperbesar pengaruhnya, itu adalah janji yang dibuat kepada Presiden Gorbachev, dan ia adalah janji yang dibuat untuk Presiden Yeltsin, dan anda menipu dan anda berulang kali menipu, dan anda tidak mengakui bahawa anda mengatakan (perkara) ini.

Tambah David, sebelum ini James Baker, Setiausaha Negara AS juga berkata bahawa NATO tidak akan bergerak satu inci ke arah Timur (Russia).

“Ia bukan satu kenyataan sembrono, ia adalah kenyataan yang diulang.

“Hans-Dietrich Genscher, Menteri Luar Jerman, (juga) bercerita yang sama.

“NATO tidak akan bergerak satu inci ke arah Timur Tuan Presiden mengulangi berkali-kali dalam banyak dokumen banyak kenyataan oleh Setiausaha Agung NATO oleh Setiausaha Negara AS oleh Canselor Jerman kini sudah tentu semua dinafikan. Kata David.

David menambah, pada 2007 Putin memberikan ucapan dan dia berkata “berhenti.. jangan fikir tentang Ukraine ini adalah sempadan 2,100 kilometer kita, ini sebahagian daripada ekonomi bersepadu rantau ini, jangan fikir tentangnya, tegas Putin merujuk kepada NATO.

Pada masa yang sama, menurut David Sachs, Eropah juga telah memberi amaran kepada AS, agar tidak melibatkan Ukraine ke dalam NATO.

“Kami tahu daripada pengarah CIA kami semasa Bill Burns bahawa dia menulis memo yang dibocorkan oleh wikileaks, mengikngatkan bahawa Ukraine adalah garis merah yang tidak patut didekati. Kata David Sachs.

“Jadi apa yang berlaku adalah apa yang saya diberitahu oleh pemimpin Eropah dan melalui perbincangan terperinci yang panjang.

Menerusi pertemuan dengan pemimpin Eropah sebelum itu, David Sachs diberitahu bahawa George Bush (Junior) berkata kepada mereka, “tidak..tidak..tidak..tidak apa-apa, jangan risau, saya mendengar anda tentang Ukraine.

“Dan kemudian dia (Bush) pergi untuk Cuti Krismas dan kembali.. (Dick) Cheney berkata.. Ya NATO akan ke Ukraine. Dan orang Eropah terkejut marah. Kata David Sachs.

Facebook
Twitter
WhatsApp