TERKINI

Ulasan ‘Bekas Banduan Terhormat’, Rafique disiasat Bukit Aman

Rafique Rashid (kiri) – malayadaily.com

SHAH ALAM, 26 Sept 24 – Peguam yang juga Ketua Penerangan parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Rafique Rashid akan dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung kenyataan yang dibuat ketika berceramah di Kampong Melayu, Kluang, Johor Darul Takzim bersempena PRK DUN Mahkota.

Dalam kenyataan ringkas, Rafique memberitahu bahawa pada 23 Sept lepas, beliau telah menerima panggilan telefon dari seorang Pegawai Penyiasat yang berjawatan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk memaklumkan satu siasatan telah dibuka ke atas saya akibat ucapan saya di Ceramah tersebut berdasar laporan polis yang dibuat.

“Saya telah diarahkan untuk hadir ke sessi Rakaman Percakapan. Ujar Rafique.

Menurut Rafique, beliau akan hadir ke Bukit Aman pada 27 Sept jam 10 pagi dan selepas itu akan mengadakan sidang media pada jam 11.15 pagi.

Siasatan ini dipercayai merujuk kepada ucapan beliau yang mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dirinya sebagai “bekas banduan terhormat”.

Dalam ceramah itu, Rafique berkata dakwaan Anwar bahawa pertuduhan terhadapnya bersifat “zalim dan keji” sedangkan pendakwaan adalah berdasarkan fakta kes mahkamah yang telah mensabitkan Anwar kes salah guna kuasa pada 1999, dan dua sabitan atas tuduhan liwat yang menyaksikan Anwar dipenjarakan pada 2000 dan 2015.

“Kalaulah betul sekiranya apa yang dikatakan pertuduhan dan makian yang jijik dan fitnah tersebut, adakah tuan-tuan percaya lapan hakim telah buat kesilapan? Adakah tuan-tuan percaya pasukan pendakwaan telah buat kesilapan? Adakah tuan-tuan percaya bahawa bukan satu sahaja mangsa, tapi dua kes, untuk kesalahan yang sama?”

Rashid mengulas ucapan Anwar pada Jumaat lalu sempena mengingati ulang tahun ke-26 penangkapannya pada 20 September 1998.

“Ya, saya memang bekas banduan, tapi banduan terhormat dengan tuduhan zalim dan keji,” kata presiden PKR itu di hadapan penyokong parti yang hadir pada “Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani” di Axiata Arena, Bukit Jalil. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp