TERKINI

Umat Islam puasa mulai Selasa ini

PUTRAJAYA, 11 Mac 2024 – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan umat Islam di Malaysia akan berpuasa bermula pada esok Selasa, 12 Mac 2024.

Beliau berkata dalam pengumumnya, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp