TERKINI

“UMNO akan terhapus di PRU 16” – Tun M

Mahathir Mohamad – foto Pejabat TDM

PUTRAJAYA, 4 Dis 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno akan terhapus pada PRU16 jika terus bekerjasama dengan DAP.

Menurut Mahathir, untuk menyelamatkan UMNO, mereka harus berpisah dari DAP dan kembali kepada perjuangan untuk bangsa, negara dan agama.

“Yang boleh selamat UMNO ialah pemisahan dari DAP dan kembali perjuangan untuk bangsa, negara dan agama.

“Pemimpin yang usang perlu digugurkan. Dan masalah Melayu perlu diperjuangkan semula. Khusus berkenaan kemiskinan orang Melayu. Katanya.

Kenyataan beliau merujuk kepada keputusan Pilihanraya Kecil Kemaman yang menyaksikan calon mereka tewas.

“Kemaman menunjuk bahawa sokongan kepada UMNO merosot lagi. Selagi UMNO bersekongkol dengan DAP sokongan kepada UMNO akan terus merosot.

Mahathir menzahirkan kekesalannya apabila beliau menyifatkan UMNO bukan lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

“Perjuangan UMNO ialah untuk duit, untuk selamatkan kepimpinan yang bersekongkol dengan jenayah.

Mahathir juga berkata bahawa pengundi muda dibesarkan setelah negara maju, kini tidak menyedari peranan UMNO memajukan negara dari kemiskinan dahulu sehingga separuh maju.

“Saya sedih kerana bapa yang menyelamat UMNO pada satu masa dahulu, anak yang musnahkan UMNO setelah mengambil alih kepimpinan.

“Suka atau tidak suka inilah kenyataan.

“Inilah mesej Kemaman, ujar Mahathir.

Pada PRK Kemaman Sabtu lalu, PAS menerusi calonnya, Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi Parlimen itu dengan majoriti 37,220 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Raja Affandi mendapat 27,778 undi, lebih rendah berbanding 38,535 undi diterima Ahmad Said pada PRU15. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp