KUALA LUMPUR, 24 Mei 2023 – Aktivis politik, Azman Hashim menyifatkan gesaan pemimpin UMNO agar ahlinya menyokong parti DAP sebagai suatu penganiayaan kepada ahlinya.
Beliau berkata, Presiden UMNO yang selama ini menganggap DAP adalah musuh politik, tetapi kini berubah sikap semata-mata untuk menyelamatkan dirinya.
“Zahid berkata DAP musuh UMNO, itu cerita dulu. Sekarang politik Moden.
“Bagaimana dengan P.Ramasamy, Zahid bersetuju untuk mansuh dominasi Melayu dalam sektor awam? Zahid jangan aniaya penyokong UMNO demi nak selamatkan diri sendiri. Katanya.
Ketika mengulas isu tersebut, Azman turut mempersoalkan adakah parti DAP akan menukar perlembagaan partinya dan mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu.
“Adakah DAP akan tukar perlembagaan dan mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu?
“(Adakah DAP) akan menukar perlembagaan mereka mengiktiraf Islama agama rasmi, dan bukan perjuang sekularisma?, ujarnya.
Azman juga berkata jika DAP tidak menukar perlembagaannya, adakah bermakna UMNO sekarang menyokong perjuangan DAP?
“Jika DAP tidak menukar Perlembagaan yang merupakan asas perjuangan mereka, adakah bermakna UMNO sekarang menyokong Perjuangan DAP yg mahu menghapuskan kedudukan Istimewa Orang Melayu? Menyokong kesamarataan? Menyokong pilihanraya PBT? Soalnya. – malayadaily.com