TERKINI

UMNO Tak Puas Hati Lantikan Kabinet Baharu

KUALA LUMPUR, 17 Dis — UMNO menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pelantikan dua tokoh bukan Melayu, Hannah Yeoh (DAP) sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Lo Su Fui (GRS) sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet terbaru.

Dalam satu hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi berkata persoalan itu menjadi tumpuan netizen di media sosial, khususnya kerana kedua-dua jawatan tersebut menyentuh pentadbiran kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Kenapa Menteri Wilayah Persekutuan dilantik seorang berbangsa Cina (DAP) dan Timbalan Menteri juga daripada seorang berbangsa Cina (GRS)?” soalnya, sambil menambah bahawa isu seperti ini perlu dijawab dengan cara yang bijaksana oleh kerajaan.

Asyraf Wajdi turut menggesa Perdana Menteri supaya tidak memandang enteng sentimen rakyat majoriti, termasuk persoalan mengenai nasib bumiputera bandar serta kemungkinan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan pada masa akan datang. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp