TERKINI

Vateran UMNO Mahu Zahid Hamidi Berundur

Idris Jusoh (kiri), Ahmad Zahid hamidi (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2023 – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh menjadi pemimpin UMNO yang pertama bersuara mahu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur selepas kekalahan memalukan di semua kerusi yang ditandingi di Terengganu.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini, bekas ahli parlimen Besut itu menggesa Zahid Hamidi, mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan.

“Umno kalah teruk dalam pilihan raya negeri semalam, kehilangan 100 peratus kerusi di Terengganu.

“Zahid Hamidi mesti letak jawatan,” katanya hari ini.

Untuk rekod, Umno dan BN bertanding di 108 kerusi dalam pilihan raya negeri, hanya berjaya memperoleh 17 kerusi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp