
KUALA LUMPUR, 25 Jan 25 – Parti PUTRA menggesa kerajaan mengikut langkah kerajaan Thailand yang mahu mempertimbangkan cadangan membatalkan visa percuma kepada pelancong dari negara China.
Wakil PUTRA, Dato’ Asmawar Samat berkata dalam satu kenyataan, Senate Thailand telah menggesa dibuat semakan semula dasar ‘Visa Percuma’ untuk pelancong warga China berikutan kebimbangan meningkatnya penglibatan mereka dalam aktiviti jenayah.
“Senator Wanchai Expornpichit menjelaskan kumpulan penjenayah telah mengeksploitasi polisi tersebut beroperasi di Thailand, menjadikannya sebagai pengkalan untuk menjalankan aktiviti haram.
“Dalam hal ini, Malaysia telah sejak tahun 2023 memberikan visa percuma kepada pelancong-pelancong dari negara China. Katanya.
Ketika ini, dasar kerajaan yang memberi tempoh yang telah diberikan adalah pada 1 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2024 dengan membenarkan peancong China untuk tinggal selama 30 hari bagi setiap lawatan.
“Oleh itu, berdasarkan situasi yang sedang dihadapi dan melanda Thailand, maka ada baiknya untuk Malaysia juga mengambil langkah yang sama dengan membatalkan atau tidak melanjutkan dasar murah hati yang telah diberikan pada tempoh setahun yang lepas.
“Permasalahan di Thailand nampaknya adalah juga antara punca yang boleh menimbulkan permasalahan dan kerumitan kepada pihak berkuasa Malaysia sekiranya sebarang langkah kesiapsiagaan, meliputi maklumat dan penguatkuasaan belum mantap dan kemas.
“Sehubungan dengan itu, dalam tempoh yang mencabar ini, PUTRA menyokong sekiranya pihak kerajaan membatalkan visa percuma kepada pelancong dari negara China dengan serta merta dan kembali pada prosidur dan status asal.
Namun demikian, Asmawar juga berkata bahawa dasar memberikan visa (berbayar) kepada pelancong negara China itu disyor boleh diteruskan untuk tempoh dua (2) minggu sahaja.
Terdahulu, tular di media sosial ‘X’ menyatakan kerajaan Thailand mempertimbangkan untuk menkaji semula pemberian Visa Percuma. – malayadaily.com