TERKINI

Walau Tewas, PN Berjaya Tambah Undi – Mohd. Zin

Gambar hiasan – foto Agenda Daily

KUALA LUMPUR, 10 Sept 2023 – Pengerusi Sekreatariat Proklamasi Orang Melayu Selangor, Dato’ Sri Ir. Mohd Zin Mohamed menyifatkan Perikatan Nasional (PN) telah berjaya menambah sokongan yang ketara dalam Pilihan Raya Kecil Pulai dan Simpang Jeram meskipun tewas di kedua-dua kerusi tersebut.

Dalam satu kenyataan, Mohd. Zin berkata walaupun keputusan PRK Simpang Jeram dan Pulai bersifat status quo, gelombang pengundi Melayu yang menolak gabungan PH-BN di situ adalah nyata.

“Tahniah kepada kesemua pengundi Melayu.

“Analisis awal mendapati PN menang di semua peti undi Melayu tetapi tewas di semua peti undi Cina.

“Perlu diingat pengundi Cina berjumlah 40 peratus di Pulai dan 43 peratus di Simpang Jeram. Ujar beliau dalam satu kenyataan, Sabtu.

“Analisis di Simpang Jeram juga mendapati walaupun gabungan PH-BN berjaya mengekalkan peratusan undi popular sebagaimana pada PRN Johor tahun lepas, jumlah undi diperoleh kali ini lebih kecil daripada jumlah Undi PH + Undi BN pada PRN lepas

“Manakala PN berjaya meraih penambahan 41.5 peratus undian pada PRK kali ini walaupun peratusan keluar mengundi berkurangan.

“Seperti dijangka orang Melayu bersatu menolak gabungan PH dan BN dalam pilihan raya kecil di Johor. Ujarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp