PUTRAJAYA, 29 Apr 24 – Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menempelak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menasihatkan Mahathir untuk menumpukan masanya kepada amal ibadat.
Beliau dalam satu kenyataan menempelak Zahid sebagai pemimpin yang perlu muhasabah diri dan tidak perlu mengajar ‘itik berenang’.
“Presiden UMNO inilah sebenarnya yang kena muhasabah diri.
Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin juga mengingatkan Zahid agar tidak perlu menasihati Mahathir kerana ibadah seseorang itu tidak perlu dicanangkan kepada orang ramai.
“Saya ingin memaklumkan pada Zahid Hamidi agar tidak perlu nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tumpu pada ibadah.
“Zahid Hamidi tidak faham asas agama kerana dalam Islam setiap ibadah yang kita amalkan tidak boleh dipukul canang pada orang ramai.
“Ibadah bukan sesuatu amalan yang boleh kita tunjuk serta megah-megahkan pada orang ramai. Ujarnya.
Terdahulu, Zahid sebelum ini dilaporkan memberikan ‘nasihat’ kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad agar menumpukan perhatian kepada amal ibadat.
“…elok tumpukan perhatian kepada amal ibadat saja,” kata Zahid.
Pengerusi BN itu berkata demikian ketika diminta mengulas ramalan Mahathir bahawa DAP akan mengekalkan kerusi itu kerana perpecahan undi Melayu. – malayadaily.com