KUALA LUMPUR, 2 April 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil seharusnya lebih arif dan tidak mengeluarkan kenyataan yang menghentam media sebelum membuat semakan yang tepat.
Kenyataan ini diulas oleh pengamal media berpengalaman Datuk Zaini Hassan yang menasihati Fahmi mengotakan janji reformasi media dan bukan sekadar hanya mempertahankan kementerian beliau dan kerajaan.
“Sebagai seorang Menteri, saya menasihatilah, beliau mungkin orang baru dalam media, saya nasihati beliau supaya lebih terbuka lebih transparen lebih berpijak di bumi nyata, dan bukan saja untuk mempertahankan institusi beliau dan mempertahankan bos-bos beliau. Ujarnya.
Kenyataan ini susulan Fahmi melabelkan sebuah tajuk laporan berita harian di facebook “OPR dijangka naik sekali lagi seawal julai”, sebagai satu fitnah terhadap kerajaan dan Bank Negara Malaysia BNM
Laporan berita harian yang asal secara jelas menyatakan ia adalah pandagan penganalisis.
Ketika ditemubual bersama awesomeTV, beliau berkata walaupun laporan tidak menyebelahi kehendak kerajaan namun ia adalah satu perkembangan semasa yang sahih dan merupakan fakta berdasarkan analisa dan data yang diperoleh.
Zaini yang merupakan bekas ketua pengarang sau Utusan Malaysia dan pernah memenangi pelbagai anugerah tokoh wartawan sepanjang kariernya berkata sudah menjadi amalan hanya memuji media apabila melaporkan sesuatu yang baik buat kerjaaan tetapi sekiranya melaporkan kritikan terhadap kerajaan media akan diberi amaran. – sumber AWESOME TV