Saya tidak mahu buang masa serta memerah otak untuk respon terhadap kenyataan Puad Zarkashi pemimpin ‘UMDAP’ berotak ‘selut’ dari ‘DNA’ kleptokrats.
Beliau boleh membuat pelbagai tohmahan yang tidak berasas namun hakikatnya bukan senang untuk mendapat seorang tokoh negarawan yang tidak gila kuasa dan sanggup meletakkan jawatan secara sukarela atas dasar prinsip seperti Tun Dr Mahathir Mohanad.
Demi prinsip mulia menghormati lunas undang-undang sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan setelah hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat; Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke tujuh pada waktu itu.
Tidak seperti pemimpin-pemimpin kleptokrats UMNO yang tamak kuasa senantiasa mahu berpaut pada kuasa tetapi akhirnya ditolak oleh majoriti rakyat di negara kita.
Situasi ini amat memalukan kerana rakyat terpaksa tolak dan ‘tendang keluar’ pemimpin-pemimpin kleptokrats dari parti UMNO pada tahun 2018 dalam PRU14.
Bila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri kali kedua begitu ramai rakyat jelata dari pelbagai kaum merayu agar Tun Dr Mahathir Mohamad balik memimpin negara.
Tetapi kerana pendirian parti Bersatu hendak bergabung dengan parti UMNO secara ‘en bloc’ yang tidak dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di kala itu walaupun ditawarkan jawatan Perdana Menteri untuk kali ketiga telah ditolak oleh mantan Perdana Menteri dua kali ini.
Ini membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gila kuasa dan demi prinsip tidak mahu bergabung dengan pemimpin-pemimpin korup UMNO beliau sanggup tolak tawaran tersebut.
Tun Dr Mahathir Mohamad bukan ‘gila kuasa’ sepertimana pemimpin-pemimpin kleptokrats UMNO yang perlu berpaut pada kuasa untuk selamatkan diri mereka dari didakwa di mahkamah seterusnya disumbat ke dalam penjara.
Puad Zarkashi harus kurang bercakap kerana lebih banyak beliau berkata-kata akan lebih terserlah kebodohannya.
Khairuddin Abu Hassan, Aktivis Politik
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com