Cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya orang Melayu kaya yang membantu orang-orang Melayu miskin semasa menyampaikan Amanat di Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang jelas menunjukkan Perdana Menteri tiada ide dan cadangan untuk membantu orang-orang Melayu.
Dato Seri Anwar Ibrahim mungkin sudah lupa yang beliau juga seorang Melayu yang kaya.
Kerajaan Dato Seri Anwar Ibrahim tiada memperkenalkan sebarang dasar baru atau mengutamakan sebarang dasar yang boleh membantu kemiskinan orang Melayu dan menyamaratakan kekayaan orang bukan Melayu dengan orang Melayu.
Dato Seri Anwar Ibrahim tidak ada sebarang dasar untuk membasmi kemiskinan samada untuk orang Melayu atau bukan Melayu.
Malah Perdana Menteri tidak ada sebarang dasar baru yang boleh melonjakkan ekonomi orang Melayu mahupun ekonomi negara. Kuasa Perdana Menteri tidak digunakan untuk menggubal dasar-dasar baru tetapi digunakan sepenuhnya untuk membuat fitnah terhadap Tun Dr Mahathir.
Orang-orang Melayu miskin perlu dipandu keluar dari kitaran kemiskinan melalui peluang-peluang baru yang bakal dibuka melalui penambahbaikan industri atau dengan memperkenalkan industri baru yang boleh dimanfaatkan kepada mereka.
Pada suatu ketika, semasa pentadbiran Perdana Menteri ke empat, Tun Dr Mahathir memperkenalkan berbagai industri seperti industri elektronik dan automotif supaya banyak peluang-peluang pekerjaan dan peluang perniagaan dalam ekosistem industri baru boleh di pelopori oleh orang-orang Melayu. Malah orang bukan Melayu juga mendapat manfaat.
Untuk memenuhi permintaan kemahiran dan pendidikan dari industri yang dipandu dan disokong oleh kerajaan melalui rancangan-rancangan Malaysia jangka pendek dan panjang, rakyat diberi biasiswa untuk mendapatkan pendidikan sewajarnya.
Apabila tamat pengajian, peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka kerana industri yang di pandu kerajaan itu membangun dan memerlukan tenaga kerja.
Peruntukan belanjawan dari kerajaan untuk industri membuahkan pulangan apabila rakyat di ambil bekerja dan diberi peluang perniagaan.
Warga tempatan juga mendapat pendapatan yang lumayan hasil dari pendidikan yang di biayai melalui biasiswa kerajaan dan agensi kerajaan.
Dasar Perindustrian Dr Mahathir pada awal tahun 80an sebenarnya amat senang untuk di fahami. Sebidang ekar tanah pertanian pada waktu itu hanya dapat memberi pekerjaan kepada 10 pekerja tetapi sebidang tanah yang dijadikan kilang dapat membuka peluang pekerjaan kepada 500 atau lebih pekerja di kilang.
Jadi rakyat boleh mendapat lebih manfaat bila Malaysia menjadi negara perindustrian.
Sektor pertanian dan perikanan yang majoritinya adalah pengusaha Melayu merupakan satu industri yang perlu di pandu erat oleh kerajaan. Petani dan nelayan adalah golongan miskin kerana saiz perusahaan mereka kecil.
Dengan ladang atau bot yang kecil, hasilnya juga kecil. Mereka tidak dapat menggunakan teknologi terkini yang mahal kerana tiada ‘economy of scale’.
Anak-anak petani yang mengusahakan ladang kecil mereka juga tidak berminat untuk meneruskan usaha pertanian keluarga mereka mengakibatkan banyak ladang-ladang yang terbiar. Begitu juga anak-anak nelayan.
Anak-anak petani dan nelayan juga tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran tinggi kerana terpaksa bekerja mencari rezeki untuk menyara hidup.
Apakah pendekatan Perdana Menteri untuk keluarga petani dan nelayan yang majoritinya adalah orang Melayu? Mereka sentiasa memerlukan bantuan samada bantuan kewangan, pendidikan atau lain-lain kerana halatuju dan masa depan industri ini tidak di kemudi dengan baik.
Petani dan nelayan di Malaysia adalah pengusaha-pengusaha kecil dan akan sentiasa berada dalam kitaran kemiskinan.
Perdana Menteri membidas niat suci Proklamasi Orang Melayu yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai propaganda politik Dr Mahathir sedangkan gerakan ini dimulakan oleh orang-orang Melayu persendirian dan bukan parti politik.
Orang-orang Melayu persendirian yang menganjur Proklamasi ini kerana orang Melayu berpecah dan memang memerlukan bantuan pemimpin yang boleh memimpin mereka keluar dari belenggu kemiskinan dan menjamin nasa depan orang Melayu.
Orang-orang Melayu sekarang ini berpecah belah dan miskin sehingga ramai yang meluat untuk keluar mengundi kerana periuk nasi mereka terjejas dan mereka kelaparan.
Parti politik Melayu keramat sendiri yang sepatutnya memperjuangkan masa depan orang Melayu telah terpesong dan bersekongkol untuk menyamaratakan hak dan bukan menyamaratakan kekayaan kaum bukan Melayu.
Armin Baniaz Pahamin – Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia