TERKINI

Apa Jadi Bila Huawei Sertai Projek 5G ?

Gambar hiasan – Foto CNN

Tak sampai sebulan kita kalut dengan Perdana Menteri yang berkompromi dengan China isu wilayah di Laut Cina Selatan, kini projek 5G Nasional pula mula dibuka laluan kepada syarikat Huawei milik kerajaan Parti Komunis Cina.

Kedaulatan negara ini nampaknya sudah ditaruhkan dengan keuntungan populis ahli politik.

Huawei akan mula mengambil tempat dalam projek 5G Nasional seperti pelobian yang masih rancak menggunakan media dan jalan belakang yang dilakukan sekarang.

Keselamatan sistem digital negara akan terancam. Huawei sudah mempunyai rekod jelas terhadap pencerobohan maklumat pelbagai institusi dan penyebaran data peribadi orang awam di luar negara.

Internet akan kekal lembab. Pembangunan internet hanya akan dipandu keuntungan dan persaingan industri seperti apa yang berlaku dengan 4G

Pelaburan terjejas dari dasar flip-flop kerajaan yang tidak mematuhi kontrak yang telah dipersetuju dengan pelabur asing.

Dalam kes ini, Ericsson menjadi mangsa penganiayaan kerajaan. Malaysia akan unggul sebagai negara yang bersahaja memberi dan menarik semula kontrak mengikut selera ahli politik.

Projek 5G akan ditangguh lebih lama akibat perubahan sistem single wholesale network (SWN) kepada duel wholesale network (DWN). Integrasi antara lebih dari satu syarikat akan memakan masa untuk kompromi kapitalis dan rundingan yang bersifat komersial

Kerajaan akan berhadapan dengan kesukaran untuk kerjasama Ericsson (Eropah) dengan Huawei (China) yang mempunya piawai kerja berbeza dan isu integriti operasi.

Internet Malaysia kekal terlembab di Asia. Pembukaan ruang kepada Telco untuk meneraju 5G akan kekal memberi perkhidmatan corot dan tidak bermaruah kepada pengguna seperti dalam tempoh sedekad lepas, ketika Telco tetap membuat keuntungan.

Kelalaian kerajaan semasa terutama Menteri Komunikasi dan Digital yang termakan dengan umpan Huawei ini adalah membimbangkan.

Fahmi Fadzil patut malu dengan tindakan beliau menyanggah diri sendiri di Parlimen. ‘Sanctity of contract’ tidak lagi dihormati.

Sistem kapitalis lebih dipentingkan dari kebajikan rakyat. Ketika tidak timbul masalah projek 5G yang dijalankan sudah lebih separuh jalan, mata-mata ahli politik sudah ditutup dengan matawang China.

Adib Aiman – mahu dikenali sebagai ‘Raja IT’

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp